SABAH/SARAWAK JAUH TERTINGGAL ( Dalam diam Datuk Seri Shafie Apdal usahakan)



OLEH: ISMAILY BUNGSU
www///sabahinsider14.blogspot.com
Saturday August 06/2016

DATUK Seri  Shafie Apdal  (DSSA) jenis yang tidak suka bising di luar dan dia berkerja secara diam dan banyak bincang di Kabinet bawah pimpinan Najib. Berbincang di kabinet sesuatu yang harus dilakukan oleh setiap menteri bawah Najib.

Memang benar sesebelumnya DSSA tidak pernah sekongkol satu pentas dengan pembangkang ketika masih dalam UMNO tetapi itulah tuduhan yang dilemparkan kepadanya yang menyebabkan DSSA digantung dan kemudian DSSA sendiri dengan rela hati meninggalkan UMNO agar itu memudahkan Najib mengurus parti.

Dalam UMNO DSSA cukup berkerja keras dan melihat utamakan Sabah dan Sarawak yang jauh tertinggal dari kemajuan arus perdana dan kesan DSSA berkerja secara diam tanpa membising di luar dan kesannya KKLW yang dia ketuai mendapat peruntukan buat Sabah dan Sarawak asalnya 2 bilion menjadi RM10 bilion.

Untuk membangun Sabah dan Sarawak yang sekian lama jauh tertinggal memerlukan perancangan olahan yang kena hati2 dan dan itu memakan waktu yang begitu lama bukan sekelip mata sebab keadaan luar bandar di Sabah cukup dhaif.

Keadaan di Ulu Pitas, Paitan, Kinabatangan, ulu Temonati Tenom, Kuala Penyu memerlukan waktu untuk dibangun kesan peruntukan yang amat terhad untuk seluruh negara.

" saya anak nelayan dan tahu sangat keluh desah rakyat di sekitar dan kerana itu saya dalam diam terus berusaha sedaya yang mampu berdasarkan kemampuan diri" Kata DSSA dan memajukan kedua wilayah menjadi visi pertamanya.

DSSA memang sesuai diletakkan di KKLW kesan dia tahu sangat degup jantung rakyat Sabah dan Sarawak dan kerana itu dia bermatian mohon agar Najib menambah peruntukan KKLW yang dulunya RM2 bilion menjadi RM10 bilion dan itu sekurangnya sedikit demi sedikit dapat mengurangkan masalah di Sabah dan Sarawak.

" Tetapi kesan masalah 1MDB dan dana mengalir ke luar negara kita tidak tahu, peruntukan KKLW menjadi berkurangan dan itu sedikit sebanyak melumpuhkan perancangan awal" tambahnya dan kenyataan itu jelas memperlihatkan kekesalannya.

Sesudah itu, DSSA lalu bertanya di kabinet tetapi tidak dipedulikan dan DSSA memang agak was-was tentang perniagaan 1MDB yang hanya dikendalikan oleh PM sendiri dan tidak dibincang di kabinet soal dana berbilion-bilion itu.

" makanya kesan tidak ada jawaban dan saya tidak mahu bersubahat, lalu disuarakan di luar agar rakyat tidak menyalahkan orang lain dan kesannya dituduh subahat sepentas dengan pembangkang, maka itu dicadang oleh YAB Musa Aman dan mendapat sokongan Rahman Dahlan dan akhirnya digantung dan ketika itu saya hanya tahu ketika saya UMRAH di Mekah" DSSA menjelaskan.

DSSA bukan jenis yang akur di kabinet seperti menteri-menteri  lain sebab prinsip DSSA tidak akan sekongkol dengan pemimpin yang usaha memutar belit atau sembunyikan yang salah, malah rela kehilangan jawatan jika itu pilihan perdana menteri.

" meski kita selamat di dunia, tetapi di mahkamah Allah akan ditanya dan pemimpinlah yang utama bakal terima hukuman jika tidak betul melaksanakan tugas yang diamanahkan" Itu kenyataan DSSA yang sedia menerima apa saja hukuman termasuk pecat/gantung dan tidak menjadi ahli parti dan DSSA tidak pernah menyesal sebab itu memang kuasa perdana menteri menyingkir DSSA dari kabinet.

" Cuma saya sedih sangat usaha saya hanya separuh jalan selesaikan masalah di Sabah dan diharap menteri-menteri  dalam kabinet Najib seperti Salleh dan Rahman termasuk Pandikat dan menteri2 lain dapat membantu Sabah termasuk Sarawak secara serius dan kurangkan dunia

"politiking" sebalik jalankan amanah yang rakyat beri" Kata DSSA lagi.


No comments:

Post a Comment