( DAP-PKR- AMANAH dan parti-pari pembangkang yang ada di Sabah perlu bersatu teguh bergaduh roboh)
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
www///sabahinsider14.blogspot.com
Saturday August
06/2016
KEBANGKITAN rakyat Sabah melalui
jelajah DS Shafie Apdal bermula di Semporna, Sandakan, Kota Belud, Tenom dan
Membakut baru-baru ini satu tamparan hebat yang cukup mengerunkan meski UMNO
menidakkan hal itu.
Keperitan gundah sakit
hati yang dilalui rakyat Sabah cukup menjadikan satu amaran buat pemimpin
Barisan Nasional dan kita akan melihat sejarah USNO dan BERJAYA tumbang
berulang di musim election/PRU14 nanti dan sejarah itu akan menjadi kenyataan
kesan usaha dan doa rakyat jelata.
Para pemimpin seperti DS
Shafie Apdal, DSP Lajim/Dtk Wilfred/DAP kena duduk sama dan bincang keadaan ini
dan harus bersikap terbuka bukan kepentingan jawatan demi kepentingan Sabahan
dan Malaysia amnya.
Sementara para pengikut
parti masing2/kalangan pemimpin di atas usaha berhenti syak wasangka atau
memburuk-burukkan sebalik dicipta hubungan intim sesama di kalangan mereka
melalui jelajah DSSA ke seluruh Sabah.
Suara dendangan slogan
"PARTI LOKAL" cukup jelas yang rakyat tidak mahu parti dari Malaya
dan slogan itu sebenarnya hanya ditujukan kepada BN dan bukan PH sebab PH tidak
pernah memerintah kecuali Selangor dan Pinang serta Kelantan yang mempunyai
rekod terbaik menurut laporan Audit negara setiap tahun.
Elak "kerbau
membawa lumpur semua terkena lumpurnya" sedang yang tak baik hanyalah
atasan UMNO ( tidak semua/rujuk 1MDB) yang memerintah kesan korupsi di depan
mata dan menjadikan alat parti/agama untuk melanggar hukum Tuhan dan hukum visi
parti yang diperjuangkan selama ini.
Jadi kebencian Sabahan
kepada Parti Malaya tidak boleh dilibatkan PH yang cukup mahukan keadilan dan
kesaksamaan sejak mereka bergabung setiap election, itu terbukti di PRu13
saudara di Malaya tidak menyokong BN menyebabkan PR tertinggal 33 kerusi MP dan
itu kesan Sabah/Sarawak membantu 44 kerusi MP yang menyebabkan Najib terus
duduki kerusi PM di Putrajaya. Itu buktj jelas dan kenapa Malaya harus
disalahkan?
DS Shafie MESTI
menubuhkan parti lokal dan ahlinya terdiri kalangan ahli UMNO yang keluar,
termasuk yang atas pagar dan juga ahli2 PBS, PBRS dan UPKO dan kalau Bajau
Sulok di pantai timur terutama yang di Semporna, menuju ke Lahad Datu/Tawau dan
Sandakan hingga ke Kudat untuk DSSA kuasai.
Kekuatan PCS meski baru
tetapi kesan kebencian terhadap BN/UMNO khususnya dan tidak terlibatnya Pairin
dalam PBS itu akan menambahkan peritnya kedudukan BN di Sabah dan ini lebih
sakit bila Pairin yang tidak lagi duduki kerusi Presiden PBS pernah mengatakan
"Sabah for
Sabahan" ertinya menolak BN.
Ahli2 kalangan ahli
PBS/PBRS dan UPKO tidak ada pilihan lain selain menyertai PCS yang tidak
diragui ketelusan dan ketegasannya menentang BN dan itu sesuailah Wilfred tidak
lagi dalam PKR dan menubuhkan PCS satu tindakan yang bijak kerana Sabahan
mahukan parti lokal.
Seperti yang saya
katakan PH yang terdiri kalangan PKR/DAP/AMANAH tidak boleh disamakan dengan BN
sebab PH belum teruji lagi dan tidak mungkin sama dengan cara BN yang
memerintah sebab terbukti di 3 negeri PH memerintah dengan baik dan ini boleh
dibuktikan melalui laporan Audit negara setiap tahun.
Kekuatan DAP memang di
bandar dan cina tetap bersatu/tidak perlu lagi parti lain yang berasaskan
bangsa cina terlibat bergabung, sementara PKR/Amanah fokas di Pantai Barat dari
labuan. Sipitang hingga ke Papar disamping diperhatikan di mana parti2
berkenaan kuat dan disamping meneliti krisma bakal calon nanti.
11 kerusi yang yang
dimenangi oleh PKR/PH di PRU13 lalu harus dikekalkan kecuali DUN Matunggung dan
Kedamaian yang meninggalkan PKR dan demikian juga ketiga kerusi Parlimen harus
dikekalkan dan selebihnya boleh dibincangkan melalui meja bulat untuk hadapi
PRU-14 akan datang ini. Elak tamak!
Gabungan Datuk Seri Shafie /Lajim/Wilfred dan DAP ini bolehlah
didaftarkan di ROS atas nama SABAH BARU ( contoh saja) dan biarlah lambang
Sabah baru akan berhadapan dengan timbangan/BN di PRU akan datang atau parti2
serpihan yang menjadi agen BN untuk pecah dan perintah.
Sesudah kemenangan
diperolehi, maka kerusi MP/DUN( Sabah Baru) yang dimenangi akan bergabung
dengan parti Nasional yang diterajui oleh PH/parti yang bakal ditubuhkan oleh
TSMY/mantan Perdana Menteri Malaysia.
Sekarang ini PCS harus
siap secepatkan menggerakkan menubuhan cawangan di bahagian masing2, sementara
Keadilan harus bergerak lebih aggresif elak mendiamkan diri atau istilah "
Wait & C", sementara DS Shafie disamping berusaha mendaftar parti baru
terus menggerakkan jelajah DSSA ke seluruh lokasi yang difikirkan didahulukan
gerakannya.
Insya Allah, jika ini
dapat dilaksanakan dan dapat dijayakan maka kita yakin dan percaya sekuat mana
BN di Sabah bakal tumbang dan sesudah itu kita akan melihat suasana Sabah dalam
pemerintahan paling telus, bersih dan menjana kemakmuran di Sabah melalui
slogan SABAH BARU dikelolakan oleh parti gabungan SABAH BARU yang saya ilhamkan
cadangkan ini.
Berkat doa danusaha tak
kenal putus asa serta keinginan rakyat Sabah bakal tercipta sesuatu yang selama
ini kita mahukan dan yang penting saya ulang ialah usaha dan doa dan doa kepada
Allah.
No comments:
Post a Comment