AZWAN HARUN BOLEH DISIASAT KERANA BUAT LAPORAM PALSU TUDUH SEMBARANG



OLEH: KHARIL ASHRAT (FMT)
 Friday August 05/2016
Beri maklumat palsu dengan niat menyebabkan polis menggunakan kuasa yang mendatangkan bencana kepada orang lain merupakan kesalahan dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun boleh disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan diatas laporan polis mengenai konspirasi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibuatnya.

Ini kerana andaian tanpa bukti itu boleh menyebabkan polis menggunakan kuasa mereka untuk mendatangkan kegusaran atau bencana kepada orang lain, kata peguam Syahredzan Johan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata laporan 26 Julai itu berdasarkan andaian, dan oleh itu tidak mewajarkan siasatan lanjut.

“Dengan membuat laporan polis tersebut, beliau memberi maklumat palsu supaya polis menyiasat ketiga-tiga Tan Sri yang dikatakan terlibat dalam ‘komplot’ menggulingkan kerajaan,” katanya kepada FMT.

Memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain merupakan kesalahan dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan“Saya tidak mahu beliau disiasat polis mahupun didakwa tetapi beliau harus menyedari bahawa sebagai seorang pemimpin politik, beliau seharusnya lebih bertanggungjawab dan berhati-hati dalam bertindak,” tambahnya.Dalam laporannya, Azwan menamakan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berpakat untuk menggulingkan Najib.

Azwan mengesyaki mereka beri maklumat sulit kepada agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat tanpa kebenaran.

Sementara itu, Azwan ketika diminta mengulas keputusan polis untuk tidak meneruskan siasatan itu sekadar menjawab: “sabar”.


Sementara Presiden PERKASA  Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataannya  yang berasingan  yang tersiar di media portal The Sabah Insider Online antara lain mencadangkan agar ketiga-tiga Tan Seri itu yang dituduh berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib  agar meminta peguam masing-masing supaya mengeluarkan surat saman malu keatas Azwan Harun ini buat satu pengajaran kepada ahli-ahli UMNO keseluruhan  bukan sikit-sikit hal lapor kat  polis.

Sementara Peguam Bela kepada Zety-Abu Kassim dan Gani Patail masing-masing akan membuat tuntutan saman malu terhadap Awzan Harun kerana telah menjatuhkan maruah  mereka bertiga membuat laporan polis secara melulu dan membabi buta.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk menyaman Azwan dengan kadar bayaran RM3 juta seorang yang sombong suka membodek angkat kaki mesti diajar cukup-cukup jangan suka memfitnah orang tanpa bukti yang kukuh sehingga anak guam saya terasa malu” kata jurucakap pihak peguam POSTED  BY FMT


No comments:

Post a Comment