CERITA SEBENAR MOHD TAHIR MAMONG MANGSA KENA TEMBAK ESTATE MELANGKING PADA 17-04-2015

TEMUBUAL EKSKLUSIF WARTAWAN  KANAN  THE BORNEO INSIDER SHAIMON S JUMADI DENGAN MOHD TAHIR MAMONG MANG KENA TEMBAK

 
ASSALAMUALAIKUM  Salam Sejahtera Salam 1Malaysia.


Pagi ini bersamaan Sabtu 3hb Mei 2015  saya berkesempatan berjumpa dan bersemuka dengan seorang mangsa tembakan di Ladang Sawit Melangking tragedy pada 17hb April 2015 nyaris-nyaris membawa maut.

POLIS sedang buru 7 suspek disemua Ladang Sawit Kinabatangan  terlibat  kes rompakan bersenjata

Diringkaskan saja dalam temuramah ekskulif antara saya dengan  Mohd Tahir Mamong mangsa rompakan bersenjata menceritakan kisah sebenar apa yang telah terjadi pada dirinya.

WARTAWAN: Assalamualaikum Tahir  awak sihat kah

TAHIR: Walaikum Salam syukur al-hamdulillah saya sihat.

WARTAWAN:  Tahir boleh awak ceritakan sebanyak sedikit bagai mana awak boleh kena tembak.

PRIHATIN.... MP Sandakan Stephen Wong bersama rombongan melawat semasa Tahir dI Wad Hospital.


TAHIR: Begini Bang….pada 17hb April 2015  hari Jumaat saya pergi ke ladang Melangking untuk membawa barang-barang runcit  untuk dihantar sebab saya membuka kedai runcit di Melangkin anak saudara saya yang menjaga kedai di sana.

WARTAWAN: Awak pergi bersendirian kah.

SIMPATI.... ADUN Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya dan Rahimah Asrah Ketua Bahagian Wanita UMNO Batu Sapi turut menziarahi  Tahir semasa terlantar di Wad Hospital

TAHIR”: Tidak saya bawa tiga orang bersama-sama barang-barang runcit oleh kerana barang-barang yang saya akan bawa itu terlalu banyak jadi fikir lebih baik  saya jalan dua kali.

WARTAWAN: Lepas itu

TAHIR:  Saya pergi ke Melangkin bawa barang-barang kira-kira jam 7 pagi sampai di sana kira-kira jam 9.00 am saya pungga barang-barang itu saya terus kembali ke Sandakan untuk trip yang kedua dari Sandakan kira-kira jam 11 pagi saya sampai di simpang Malangkin jam 12.15 sebelum saya meneruskan perjalanan jam 12.30 saya singgah sebentar untuk menunaikan solat Jumaat sebab disimpang jalan masuk ke Melangkin ada Masjid.


WARTAWAN: Lepas  solat jumaat awak pergi kemana?
  
TAHIR: Lepas solat Jumaat kira-kira jam 1.30 pm saya meneruskan perjalanan saya menuju ke Pejabat Malangking Estate lebih kurang 3 batu jauhnya jarak dari simpang tadi. Dalam perjalanan saya tidak sampai setengah batu tiba-tiba muncul seorang.

WARTAWAN: Awak nampak orang itu apa awak buat.

TAHIR: Orang itu menahan kereta saya, saya fikir dia ini pekerja ladang sebab berpakaian macam kerja ladang.

PEROMPAK: Dengan sleng Bugis…katanya .boleh saya ikut kereta kamu  dia Tanya lagi hari ini gajikah

TAHIR:      Saya tak tahu gaji kah hari ini kalau kamu  mahu ikut boleh tapi duduk dibelakang  sebab dibelakang ada barang-barang yang dimuat di double cap, sedang kami berdua  asyik bercerita tiba-tiba muncul dua orang lagi dengan sleng Suluk terus datang meluruh ke kereta saya memang  tahu mereka ada tujuan mahu merompak dia paksa-paksa membuka pintu mujur pinti kereta saya kena  log.

WARTAWAN: Lepas itu apa kamu buat yang mereka mahu merompak.

TAHIR:  Sebelum saya pecut kereta tiba-tiba macam orang menumbuk buah dada saya…kemudian seorang Suluk sempat mengambil beg pakaian yang saya letak dibelakang didalam beg  ada dua utas jam tangan yang orang pesan dua buah telepon bimbit serta tali pinggamng dan pakaian.

WARTAWAN: Setelah orang itu mengambil barang-barang kamu, apalah yang kamu buat.

TAHIR:  Saya pecut kereta saya 70 kms dua orang itu bergayut dipintu depan kemudian saya brek mengejut dua orang itu tadi terjatuh  terpelanting entah mati atau hidup saya terus pecut,  saya dikejar dengan berjalan  kaki pada mula tiga orang saja  kemudian muncul lagi empat orang saya pecut sampai di pejabat.

WARTAWAN: Lepas kamu kena tembak kamu tak rasa sakit atau pengsang.

TAHIR: Sampai  saja saya dipejabat  banyak orang memang pada hari itu hari gajian terus saya menjerit saya kena tembak oleh perompak   apa lagi orang-orang yang berada dipejabat menunggu gaji dengar saya menjerit ada perompak orang-orang dalam  keadaan panik. Kemudian keluarlah Manager Estate Melangking menemui saya, pada masa yang sama saya tak sedar yang sudah saya kena tembak,  orang-orang disekeliling saya bagi tahu  berdarah dada mu kata Manager tersebut.

WARTAWAN: Jadi adakah awak pengsan

TAHIR:  Saya tak pengsan adalah terasa sakit sikit   lantas  terus manager hubungan Polis Kinabatangan jam 2.00 polis sampai mahu juga jam 3.50 minit.

WARTAWAN: Sesudah polis sampai apa mereka buat.

TAHIR: Saya dibawa ke Hospitan Kinabatangan sekali doctor cek ada peluru di dalam dada saya memandangkan Hospital Kinabatantgan tiada kelengkapan untuk melakukan pembedahan saya dihantar di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

WARTAWAN: Jam berapa awak sampai di Hospital Sandakan?

TAHIR: Sampai di Hospital lebih  kurang jam 6.00 terus saya dibawa bilik pembedahan  untuk mengeluarkan peluru, saya ringkaskan cerita  lepas  pembedahan dijalankan saya dibawa keluar  ke katil wad .

WARTAWAN: Selepas peluru dikeluarkan adakah awak mengalami sakit-sakit.

TAHIR: Memang ada rasa sakit  sikitlah dan keesokan harinya  polis datang jumpa dengan saya sambil  membawa gambar mereka tanya dalam 7 perompak.

POLIS: Tahir adakah awak mengenali salah satu perompak dalam 7 orang ini.

TAHIR:  Yang  ketiga orang ini saya kenal tuan ini orang Bugis.

POLIS: Mereka bukan Bugis semua bangsa Suluk mereka  adalah  pekerja Ladang Tung Sang yang perompak menembak mati Manager pada 14hb April 2015 mereka bekerja selama 4 tahun diladang itu.

TAHIR: Bah terima kasih tuan 

WARTAWAN: Apapun Tahir mengucapkan terima kasih kepada YB  Stephen Wong MP DAP dan Sandakan dan  rombongan kerana sudi melawatnya dan juga Tahir mengucapkan jutaan terima  kepada YB Datuk Samsuidn Yahya  ADUN Sekong dan Ketua Wanita Bahagian UIMNO Batu Sapi Rahimah Asrah dan rakan-rakan yang lain kerana sudah menjengoknya semasa berada di dalam Wad Hospital hanya Tuhan saja  dapat membelas budi baik mereka.


Sebagai kesimpulannya Tuhan masih sayangkan Tahir peluru yang masuk di dadanya setengah inci kalau menembusi jantungnya pastinya membawa maut. Apapun kami dipihak media portal online The Borneo Sabah Insider mendoakan agar semuanya dalam keadaan selamat.











No comments:

Post a Comment