OLEH: SHAIMON S JUMADI


Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Tamsun
Hamimum, 55 adalah seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat.
Ketua Polis Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad
berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.20 petang, ketika mereka baru tiba di
rumahnya di estet di mana tiga lelaki bertopeng muncul dan terus menyerang
mereka.
Mangsa ditikam berulang kali di bahagian tangan
dan perut sebelum perompak melarikan wang tunai RM400, telefon bimbit serta
beberapa dokumen lain.
Kejadian ini adalah rompakan yang ketiga di
pantai timur sabah dalam tempoh masa sebulan.
Pada 13 April, pengurus ladang berusia 50 tahun
Yuen Wing Wah terbunuh manakala pemilik Estate Tung Sang Danny Wong, 30 telah cedera apabila mereka
ditembak perompak dan melarikan wang gaji pekerja di daerah Kinabatangan.

Dia kehilangan dua jam tangan dan telefon
bimbit, tetapi berjaya melarikan diri dengan memecut laju kenderaan selepas
ditembak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk
Salehhudin Abdul Rahman berkata polis berusaha mencari dan tujuh lelaki bagi
membantu siasatan dua kejadian tembakan dan rompakan.
Kesemua suspek tujuh lelaki itu adalah warga
asing
No comments:
Post a Comment