LAGI RUMAH PPRT KG TABAH BARU RUNTUH MENYEMBAH BUMI MALAM TADI



Sunday July 03/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www. Sabahinsiderq4.blogspot.com


BATU SAPI: Kejadian rumah runtuh menyembah bumi   Program Perumahan  Rakyat Termiskin (PPRT) berulang lagi ini adalah insiden  kali  kelapan termasuk kejadian  malam tadi yang menimpa penduduk Kampung Tabah Baru.

Rumah PPRT yang dibina diatas air itu di Kampung Tabah Baru di kawasan DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi dibina kira-kira empat tahun yang lalu tiba-tiba runtuh menyembah bumi  yang mengakibatkan  banyak  kerosakan harta benda termasuk peralatan rumah seperti meja almari dan Laptop milik pelajar IPTA.

Memang tidak nafikan struktur pembinaan rumah-rumah PPRT yang dibina diatas air bukan saja di Kampung  Tabah Baru bahkan di Kampung Air Sandakan di Semporna tidak kukuh ini mengakibatkan rumah mudah runtuh.

Faktor utama  mengapa rumah PPRT yang dibina oleh  kontraktor  lantikan kerajaan khusus pihak berkuasa tempatan (PBT)  majlis-majlis tempatan mudah runtuh ini salah satu  sebab para kontraktor yang dipertanggunjawabkan   membina rumah-rumah PPRT tersebut mereka menggunakan tiang hanya  berukuran sais  3 inci hingga 4 inci sahaja.


Inilah pembinaan rumah-rumah PPRT yang tidak mempunyai kualiti dan tidak  mengikut piawaian (spesifikasi)  yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan  dimana  pihak kontraktor mahu mengaut keuntung besar tanpa memikirkan dari segi kualiti sehingga membawa kecelakaan kepada penghuni  rumah-rumah PPRT.

Diharap mangsa rumah roboh di Kampung Tabah Baru yang bakal menyambut hari raya hanya tinggal sehari dua lagi harap bersabar menerima musibbah diluar jangkaan, ini semuanya satu ujian dan dugaan dari Allah ada hekmah disebaliknya.



No comments:

Post a Comment