OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Pengarah Komunikasi DSSA
Pengarah Komunikasi DSSA
www///sabahinsider14.blogspot.com
Tuesday
August 02/2016
UMNO asal tidak seperti
sekarang. Yang sekarang tidak seperti dulu. UMNO sekarang sama sekali beda.
Dulu perjuangkan rakyat dan sekarang perjuangkan diri, kerabat suku sakat,
saudara mara serta kroni.
Masuk UMNO dalam kepala
perjuangan rakyat terbiar dilontar ke tong sampah dan itu sebab Sabah muncul
negeri termiskin dan keperluan asas masih ada yang sama macam zaman jepun,
malah zaman jepun lagi baik barangkali masuk hutan/memancing di kali/sungai
mudah dapat makanan.
Kenapa ramai tinggalkan
UMNO?Mereka tinggalkan UMNO bukan kerana tak sayang dan bukan kerana tak cinta,
tetapi UMNO tidak lagi sebuah parti tidak perjuangkan rakyat sebalik hanya
berRETORIKA di media TV/Utusan konon meraka pejuang rakyat dan pejuang Islam.
Apa yang mereka
perjuangkan kala perbuatan banyak sangat bercanggah dengan ucapan dan itu sebab
selalu saya katakan jangan bicara soal agama sedang pemerintahan di Malaysia
ini banyak sangat bobroknya.
Jika kita bicara soal
agama, apakah benar di Malaysia ini tiada judi, adil kepada semua bangsa, adil
pengagihan kekayaan dan adil dari segi undang-undang.
Adilkah akta OSA dan NEC
sekarang?pencuri bebas sedang pelapor masuk penjara. Pencuri 1MDB bebas guna
duit rakyat berjudi dan joli serta bermewah-newah di kapal laut dan duit 1MDB
diguna untuk semua perbuatan mungkar.
Rakyat bertanam padi,
mereka datang mencuri. Semula ke isu kenapa tinggalkan UMNO dan itu jelas kita
tahu maksudnya. Seperti saya kata UMNO dulu bukan UMNO sekarang.
Lihatlah apa jadi
saudaraku Jumat Idris, apa jadi mantan TPM dan menteri besar Kedah termasuk
DSSA kita?mereka itu wakil rakyat dan diamanahkan. Mereka sudah bersuara di
kabinet tetapi tidak dipeduli seolah tidak penting sangat dibincang wang
berbilion-bilion itu, lalu disuarakan sedikit di luar agar Najib mendengar dan
rakyat tahu.
Bila PM yang pimpin
UMNO/Negara tidak lagi peduli makna ia sudah lupa diri kesan pengaruh sang
seorang Rosma barangkali dan kesannya suara wakil rakyat tadi tidak dipeduli
malah digantung dan pecat.
Lalu apa saja guna wakil
rakyat bernama DS Shafie di Kabinet?
Mereka di amanah dan
mereka kena tanggung amanah itu dan suarakan apa saja demi kebaikan. Bukankah
itu amanah rakyat yang menyebabkan Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) duduki semua kerusi?
Kalau sudah suara tak
didengar dan tidak dipeduli, lalu kepada siapa lagi harus bersuara dan bukankah
kembali ke rakyat sesuatu yang tepat? makanya DSSA kembali kepada rakyat dan
biar rakyat tahu bahawa DSSA wakil yang bertanggungjawab.
Jika DSSA sudah jalankan
amanahnya dan rakyat sudah tahu maka biarlah rakyat buat pilihan di PRU14 akan
datang.
Memang benar UMNO
sekarang tidak lagi sama macam UMNO dulu dan UMNO sekarang buka mata terus
melihat projek mega masuk ke kantung sendiri.
Apakah menegur itu satu
kesalahan? dan apakah tindakan UMNO terus memecat menggantung itu satu tindakan
yang baik dan jika baik maka terserahlah kepada rakyat.
Dalam UMNO siapa yang
puji bodek ampu pasti cepat naik ke atas dan yang menegur demi kebaikan tetap
kena singkir malah dikata pengkhianat.
UMNO pimpinan Najib mahu
lahirkan pemimpin yang kaki bodek ampu dan mereka tak mahu sepertinya Hang
Najib di Singapura dulu kesan bijak dibunuh.
UMNO sekarang tidak sama
macam UMNO dahulu kala. UMNO sekarang rakyat miskin, pemimpin jutawan.
No comments:
Post a Comment