UMNO KUNAK- SIBUKAN-LAHAD DATU-TUNGKU-KUDAT DAN KOTA MERUDU AKAN IKUT JEJAK AHLI-AHLI UMNO SEMPORNA KELUAR UMNO BERAMAI-RAMAI



Wednesday July 06/2016

CORAT CORET DARI MEJA EDTOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com

NAMPAKnya  para pemimpin tertinggi UMNO malam tidurpun tak lena dan tak nyenyak sering  bermimpi yang ngeri-ngeri itu adalah petanda buruk akan datang menimpa kepada mereka.

Ialah ini semua berpunca dari ekoran Datuk Seri Shafie Abdal telah mengumumkan keluar  UMNO  secara terbuka di hadapan lebih 5,000 ahli UMNO Semporna yang merupakan penyokong setia kepada DS Shafie merekapun turut keluar daripada UMN juga..


Pertama keluar UMNO yang di Ketuai oleh ADUN Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong Naib Ketua Behagian UMNO Semporna berjaya membawa seramai 350 ketua-ketua cawangan UMNO keluar UMNO dari jumlah 481 cawangan  kini hanya tinggal 131 cawangan UMNO yang masih bergerak aktif yang dipimpin oleh ketua-ketua cawangan yang terdiri dari orang-orang  goblok  dan sontoloyo.

Sekarang UMNO sudah goyang tetapi para pemimpin UMNO lainnya cakap besar cakap tak serupa bikin kononnya  Shafie keluar UMNO sedikitpun tidak menjejaskan perjuangan UMNO.

Mula-mula di Semporna UMNO sudah hancur berkecai kemudian akan disusuli  di Silabukan,Lahad Datu, Kunak Tungku dan  Pulau Tambisan akn menyusul kemudian keluar dari UMNO secara berinut-rinut.

Dari Semporna hingga ke Tambisan bukan saja sebangsa dengan DS Shafie akan tetapi mereka semua  ada talian kekeluargaan antara satu sama lain.

Walaupun saya bukan ahli UMNO akan tetapi saya sebagai wartawan veteran sejak tahun 1978 lagi memang sentiasa mengikuti perkembangan scenario politik di Sabah.
DS Shafie Abdal berjuang dalam UMNO bukan baru setahun jagong bahkan perjuangannya dalam UMNO sudah mencecah lebih 30 tahun banyak jasa dan baktinya  tabur kepada UMNO tetapi tidak dikenang dilupai begitu saja.

Tetapi amat mengecewakan sekali gara-gara Shafie menegur tingkah laku Najib sebagai Perdana Malaysia Malaysia yang disanjung tinggi oleh lapisan rakyat berbilang kaum telah menyalahguna kuasa terlibat skendal 1MDB dan RM2.6 Billion konon derma dari kerajaan Saudi Arabia masuk menerusi akaun peribadinya.


DS Shafie turut jadi mangsa pemecatan dari cabinet Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri dan Muhkriz Tun Mahathir Menteri Besar Kedah telah dipecat serta merta dari jaawatan yang mereka sandang itu gara-gara menegur Perdana Menteri Najib Razak.

Kudat  dan Kota Merudu juga akan ikut jejak ahli-ahli  UMNO  Semporna akan keluar beramai-ramai kerana mereka juga telah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan UMNO yang benyak menyimpang  jauh dari perjuangan asalnya.


No comments:

Post a Comment