DS SHAFIE BIMBANG SABAH JADI PANGKALAN TERBESAR KES PENCULIKAN TIADA KESUDAHANNYA


OLEH: ISMAILY BUNGSU (Monday July 18/2016)

MESKI kita kekadang harus berfikiran positif selalu tetapi bila melihat keadaan tidak aman di pantai timur kesan penculikan yang tak pernah berhenti, solah-olah penculikan semacam perniagaan Barter Trade  lantas  sesekali kita harus melihat jauh ke depan kenapa jadi demikian ini semua didalangi oleh orang-orang tertentu dalam Negara ini yang mereka berkompromi dengan pengganas Abu Sayyaf untuk mendapat habuan yang besar dari hasil  penculikan.

Apakah memang keadaan di Sabah ini benar-benar tidak aman atau memang ada yang merancang sesuatu untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah?

Kalau dilihat kelengkapan tentera kita termasuk polis dan sebagainya (ESSCOM) kelihatannya kita lebih mampu mengatasi tetapi apakah memang disengaja tidak disusun secara terbaik dengan strategi-strategi yang boleh menghalang segalanya?

Keadaan yang berlaku itu saya berprasangka ada sesuatu yang tersirat dan bila memperkatakan yang kerajaan akan menjadikan Sabah sebagai pangkalan tentera Amerika, maka segera terfikirkan semua perkara.

Kita tahu China dan Rusia satu blok bersama yang secara jelas memang memusuhi Amerika sedang kita pula merupakan blok bebas yang tidak sebelahi mana-mana pihak.

Jika benar apa yang perkatakan DS Shafie Apdal ada perancangan Kerajaan Malaysia mengizin pangkalan tentera Amerika di Sabah maka itu satu PETAKA buat kita dan RUSIA dan China akan segera melihat Sabah merupakan taget pertama mereka kalau meletus perang dunia ke-3 dan yang bakal hancur luluh tentunya kita bukan orang Amerika.

Kita harus melihat dunia lain di mana Amerika bertapak dan kesannya sungguh menyakitkan dan mengngerikan sekali dan itu sebab kerajaan Filifina yang memang pro barat menendang keluar tentara Amerika dari negara mereka sebab banyak sangat tercipta masalah yang menyusahkan di sana.

Lalu apa sudahnya jika usaha Malaysia itu menjadi kenyataan dan bukankah ini akan mengundang titik hitam dan api meliar antara Malaysia yang dikata blok bebas dengan kedua negara yang terkenal hebat iaitu China dan Russia?

Saya tidak dapat bayangkan kalau perang dunia ketiga meletus yang dimulakan antara China/Russia dan melawan blok Amerika dan yang hancur musnah menjadi habuk tentunya kita di Sabah ini.

Kita sepatutnya terus berdiri di blok negara bebas yang tidak sebelahi mana-mana pihak agar negara Malaysia ini tidak menjadi sebuah negara yang menjadi tumpuan utama diperangi bukan kerana Malaysia tetapi kesan bertapaknya tentera Amerika di Sabah untuk senang melancarkan perang ke Negara-negara musuh mereka terutama China.

Nah, keadaan-keadaan  semacam inilah yang selalu saja menjadikan baik rakyat Sabah atau Sarawak merasa marah dan benci sangat kepimpinan Pernada Menteri (PM) Najib  Razak dan kebencian itu juga melebar ke Johor dan tidak hairan negeri-negeri  yang berdekatan sama menyuarakan bakal keluar dari Malaysia bukan kerana tidak suka Malaysia tetapi kesan dasar Najib itu sendiri yang siap menyusahkan rakyat Malaysia.

Bila DS Shafie merasa kebimbangan tentang keadaan Sabah yang tidak selamat ini  Sabah  semacam satu pangkalan terbesar kes pencukikan tiada hentinya satu-demi satu jadi mangsa penculikan lantas  beliau  menyuarakan hal ini di parlimen.

Maka saya lihat  DS Shafie  mempunyai ketokohan dan saya melihat cara dia berfikir lebih jauh ke depan seperti pemikiran seorang negarawan, dan sementara para pemimpin tertingi UMNO tidak pernah terfikir tentang keselamatan Sabah mereka sering cakap Sabah adalah  negeri yang paling selamat sebab diperairan lautan Sabah dilindungi sepenunya oleh ESSCOM.



No comments:

Post a Comment