PROGRAM MAMBARA JALINAN WANITA ANJURAN WANITA UMNO DAN JASA SANDAKAN DAPAT SAMBUTAN


OLEH: SALEENA TITI
FOTO: APEK ANSUKOI


SANDAKAN:- Program Membara Jalinan Wanita anjuran bersama  Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan  dan JASA Bahagian Sandakan yang diadakan di Hotel Ibis Water Front dekat sini pagi tadi dapat sambutan yang menggalakn  di kalangan penduduk setempat.

 Program yang diadakan bermula dari jam 8.00 pagi berakhir jam 5.00 petang telah berjaya membuka lebih 20  gerai yang diletakan diperkarangan hotel berkenaan  yang  melibatkan Jawatan Kesihatan Sandakan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, pameran produk-produk tempatan dan beberapa gerai jualan makanan  dan pakaian.

Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan yang juga sebagai Pengerusi penganjur  program tersebut Noraini Sulong  berkata tujuan mengadakan program Membara Jalinan Wanita adalah untuk memberikan peluang kepada masyarakat setempat khusunya golongan wanita untuk menjana ekonomi  melalui pelbagai jenis peniagaan sama ada menerusi pelaburan saham-saham tersebut dan penjualan produk-produk buatan tempatan.


Katanya para peserta yang mengikuti program sehari suntuk itu diberikan pendedahan mengenai satu-satu bidang yang bakal  diceburi itu nanti dengan melalui  sesi-sesi  ceramah yang disampaikan oleh para penceramah yang diundang khas daripada agensi-agensi kerajaan dan badan-badan perniagaan.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri HJ  Ampong Hj Puyon telah menyemporna program tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya Ampong memuji kepada Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan  Noraini Sulong atas  sikap dan daya inisiatifnya yang tidak pernah    mengenal erti penat dan letih sentiasa menganjurkan  pelbagai program kemasyarakatan pada setiap masa.

“Saya berani mengatakan di sini ciri-ciri kepimpinan seperti yang dibawa oleh Noraini ini yang kita mahu kerana  boleh dijadikan edola dan teladan kepada mana-mana wanita lainnya, Syabas dan Tahniah Noraini Sulong teruskan perjuanganmu demi UMNO, tanah air dan banga” ujar Ampong.

Turut hadir dimajlis penutupun program tersebut Ketua Wanita Bahagian PBS Tanjung Papat Saleena Titi, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Elopura dan Setiausaha Bahagian UMNO Sandakan Hj Hamdan Hj Dikong.








1 comment: