OLEH: ISMAILY BUNGSU
www//sabahinsider14.blogspot.com
Sunday July 24/2016
KENYATAAN peguam Negara Amerika yang menyebut hal
undang-undang SIVIL terkait 1MDB itu sebenarnya tujuan utama untuk merampas
dana negara yang konon diselewengkan oleh orang pertama Malaysia, Jho Loo dan
Reza Aziz.
Bagaimana seorang anak tiri perdana
menteri memiliki berbilion dana dalam akaun sendiri?
Dalam laporan penguam negara jelas yang
dimakudkan mempunyai RM2.6 bilion di akaun peribadinya di AmBank Malaysia.
Peguam negara Malaysia memang tidak
terperanjat soal penemuan-penemuan yang disiasat oleh orang luar yang lagi
bebas dan berusaha selamatkan khazanah negara dan itu segera dikatakan oleh
Menteri Komunikasi sebagai percubaan barat untuk menjatuhkan PM Najib atas
sokongan parti politik pembangkang.
Sebalik sebelum ini peguam
negaraMalaysia menyatakan tidak menemui sebarang kes melibatkan nama-nama yang
berkenaan dan siap menyatakan "tidak ada kes dan kes ditutup" ini
disokong oleh Azlina sambil mengatakan tidak perlu dibincang di parlimen dan
dianggap sudah tutup buku.
Penguam negara Malaysia termasuk SPRM
harus merasa malu dan jika benar PM jujur dan ikhlas, ia harus arahkan penguam
negara Malaysia dan SPRM menyiasat segara kesemuanya dan heret mereka yang
berkenaan ke muka mengadilan untuk diadili.
Tapi bagaimana PM mahu mengarah sedang
PM sendiri orang yang bertanggungjawab tentang keluar masuk dana 1MDB dan
kebetulan yang terkait anak tirinya sendiri/Anak Rosma dan ini jelas merupakan
Najib sendiri terkepung dan paling-paling ia jelaskan rakyat Malaysia jangan
mengandai.
Lalu macai2 PM sendiri di sana sini
bercakap bahawa itu hanya kes undang-undang sivil yang menyebut nama-nama
tertentu tetapi siapa yang dimaksudkan oleh peguam negara Amerika dengan
sebutan " MALAYSIA OFFICIAL 1" itu?
Disamping Peguam negara dan SPRM harus
bertindak cepat, maka Raja-Raja Melayu yang sifatnya melindungi rakyat dan
negara Malaysia harus mengambil tindakan sewajar sebab hal ini cukup memalukan
dan melibatkan dana berbilion.Nah, di sinilah peranan Raja-Raja Melayu jika
benar melindungi kepentingan rakyat/negara Malaysia.
Yang kita tahu sekarang hanyalah RM2.6
bilion yang dikatakan derma dari Arab sebalik ada berbilion-bilion lagi dalam
akaun 1MDB yang dijamin oleh Kementerian Kewangan belum diketahui ke mana
mengalirnya dana berkenaan. Ini semuanya dana rakyat yang siap membayar
cukai/GST untuk selesaikan hutang yang kian membengkak.
Round pertama ini Muhyddin, Mukriz dan
DS Shafie Apdal yang dikatakan tidak senang dengan kedudukan PM dan dikatakan
memfitnah dan mahukan PM letak jawatan jelas terbukti kebenarannya dan Najib
dan kroni tertinggal meski penulis dan macai usaha berSILAT KATA.
Allah akan bongkar segalanya dan ini
juga hukum karma kesan menganiaya ANWAR yang pertama membongkar kasus 1MDB di
Parlimen pada 24-30 Jun 2011 kira-kira 5 tahun lalu dan untuk menutup mulut
Anwar, Najib hantar ke penjara dan kelmarin segera dihantar ke rumah sakit
kerana sakit.
Ini memang perbuatan bacul dan
pengkhianat nombor satu dalam dunia dan rakyat harus bertindak sama menyingkir
parti dan pemimpinnya sekali di PRU14 akan datang ini.
Bantai!
Bantai!
Bantai!
Bantai!
Bantai!
No comments:
Post a Comment