OLEH: AZMIE AZMAN
(SEMPORNA)
www:
sabahinsider14.blogspot.com
Friday
July 22/2016
SEMPORNA:- Semakin
hari semakin ramai rakyat Malaysia
khususnya Sabah dan Sarawak meminati membaca berita-berita yang tersiar pelbagai diportal online termasuk media portal The Sabah Insider
Online.
Peranan utama media portal online sama juga
peranan surat-surat khabar menyiarkan bahan-bahan dan berita/artikel panas dan
sensasi sebagai wadah bacaan kepada masyarakat setempat.
Mengikut rekod View Page portal The Sabah Insider Online kini telah menunjukan jumlah angka mencecah
246,934 ribu pembaca di seluruh Negara ini respond orang ramai khususnya
para peminat media diawang-awang telah
meningkat yang membanggakan.
Pengerusi Ahli Lembaga media portal The Sabah
Insider Online Datuk Seri Paduka Kemellia Hassan (gambar) berkata disebabkan
pada masa ini ramai penulis-penulis sambilan telah mengirim banyak
artikel-artikel untuk dimuatkan diruang
portal ini untuk sajian bacaan orang ramai.
Isu-isu menarik yang terdapat diportal The
Sabah Insider tambah Kemellia ialah isu pergolakan politik yang menimpa UMNO
Sabah dan pembongkaran kes 1MDB kes dana
RM2.6 billion yang tiada kesudahannya yang menjadi kemarahan rakyat Sabah yang berbilang kaum.
“Saya bukan seorang ahli politik saya hanya
seorang pengamal media portal online yang bertanggungjawab sepenuhnya mentadbir
bagi menentukan ala tuju perjalanan
Sabah Insder dengan teratur dan kemaskini” katanya.
Saya telah arahkan kepada pihak editorial
termasuk Ketua Editor Charles P
Andiang Sub Editor Thomas Singgiuk (Kota
Kinabalu) dan Editor Kanan Shaimon S
Jumadi @ Balan-Balan A/L Penanggalan (Sandakan) sebagai seorang wartawan kanan
mereka mesti berlaku adil saksama dalam
menyiarkan berita-berita atau artikel
tidak boleh berat sebelah (bias)
sesuai dengan motto The Sabah Insider Online (Neutral and Flexible (Hot Spot
News).
Selain itu juga peranan The Sabah Insider
menyiarkan berita-berita tentang aktiviti kerajaan disamping itu media portal ini juga
bertanggungjawab sepenuhnya menyiarkan berita-berita mengenai aktiviti-aktiviti harian antaranya
Parti DAP-PKR-AMANAH dan termasuk pergerakan
program Jelajah Anti UMNO DS Shafie
Keseluruh Sabah untuk dimuatkan diportal ini.
No comments:
Post a Comment