OLEH: SHAIMON S
JUMADI
Thursday July 28/2016
www:sabahinsider14.blogspot.com
MENGENAI gejala merokok di kalangan pelajar perempuan
di beberapa buah sekolah menengah di Sabah
semakin hari semakin menular hingga
merebak kesekolah-sekolah menengah yang lain.
Dato Seri Paduka Kemellia Hassan (Datin Nally) gambar merupakan seorang
aktivis Sosial Masyarakat dalam satu kenyataan hari ini ketika mengulas satu
artikel bertajuk: (Ibubapa Gagal Kawal dan Suka
Biarkan Anak-Anak Gadis Mereka Merokok Sejak Dibangku Sekolah) terbit di
media portal The Sabah Isnider Online pada 21-07-2016.
“Saya amat kecewa sesetengah ibubapa terlalu
memanjakan anak-anak gadis sehingga
anak-anak gadis mereka lupa diri siapa diri mereka yang sebenarnya dengan mudah
terjebak melakukan perkara-perkara songsang seperti merokok dengan berpakaian
baju seragam sekolah” kata Kemellia.

Kata Kemellia lagi kalau anak-anak perempuan
mereka sudah tidak berminat untuk meneruskan persekolahan itu lebih baik
berhentikan saja kerana perbuatan pelajar-pelajar perempuan yang telah
ketagihan rokok itu bisa mempengaruhi rakan-rakan sebaya mereka untuk
terikut-ikut merokok jelas ini membinasakan serta merosakan masa depan
penuntut-penuntut lain
Pihak
Institusi sekolah tidak kira sekolah menengah memang telah memperketatkan
disiplin untuk mencegah para penuntun sekolah berkenan merokok di dalam klas
mahupun dikawasan persekitaran sekolah
mereka yang telah didapati berbuat demikin boleh dikenakan tindakan.

Siapa kata kita tak sayangkan anak anak yang merupakan anugera Tuhan tetapi
sayang anak-anak ada tempatnya bukan memanjakan berlebih-lebihan hingga mereka
injak-injak (pijak) kepala ibubapa hingga
mereka enggan mendengar sebarang nasihat.
No comments:
Post a Comment