Oleh: Evangeline
Soraya Kigis
www//sabahinsider14.blogspot.com
www//sabahinsider14.blogspot.com
Thursday July 28/2016
😌1.KETOKOHAN dan
pendiriannya kekar adalah tepat sekali ditunjuk menjadi pengerusi himpunan
parti tempatan bernaung dibawah wadah USA yang diasaskan oleh SAPP,Sabah STAR
dan PCS
☺2.Dengan pengalaman yang luas telah melalui liku liku
politik Sabah dan dikenali adalah kurang menyenangi persekutuan sehingga
mengheret beliau dalam penjara semasa awal pemerintahan Berjaya.
👍3.Semasa kerajaan Berjaya adalah merupakan tonggak utama
dan berperanan menghimpunkan rakyat Sabah dalam satu wadah parti Berjaya
terdiri dari bumiputra Islam,KDMR dan Cina Sabah bergerak sama memakmur negeri
ini ternyata berkesan sehingga sekarang pencapaian partinya agak sukar
ditandingi oleh kerajaan selepasnya.
💰4.Posisinya dalam parti dan kedudukan dalam kerajaan
ketika itu sebagai mantan menteri kewangan digunakan sepenuhnya demi
kesejahteraan rakyat Sabah.Adalah pendukung utama memartabatkan pendidikan
rakyat Sabah dan pada ketika itu ribuan anak anak muda Sabah melanjutkan
pelajaran dari berbagai bidang dalam dan luar negara adalah tidak keterlaluan
majoriti kakitangan kerajaan dan sektor swasta sekarang adalah dibawa program
Berjaya.
😓5.Satu lagi sikapnya perlu diteladani mempunyai
kesungguhan setiap tugasan diamanahkan kepada beliau dan tidak pernah
menghampakan yang pernah ditunjukannya semasa kerajaan Berjaya.
😌6.Tidak suka menonjolkan diri sebagai bukti sejak
kekalahan Berjaya terus menyepi diri hanya berperanan dibelakang tadbir dan
konsistan dengan perjuangannya sentiasa tidak berpuas hati dengan layanan
persekutuan terhadap Sabah.
💰7.Dia bukan jutawan apalagi hartawan hanya hidup
sederhana sebagai rakyat biasa sedangkan kedudukannya semasa pemerintahan
Berjaya membuka jalan bagi mengumpul harta berkoyan koyan tapi dia bukan orang
seperti itu...
08. Orang yang saya maksudkan itu tidak lain tidak bukan Datuk Hj Mohd
Noor Hj Mansur mantan Menteri Kewangan semasa pemerintahan BERJAYA tetapi
jasa-jasanya tiada seiapa yang menghargai atau mengingati perjuangannya di arena politik tanah air.
No comments:
Post a Comment