SISTEM SONTOLOYO DIGUNA PAKAI DI KABINET DUN BN/UMNO SABAH


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Tuesday July 19/2016

CARA tadbir di Malaysia ini kita cukup faham iaitu cara demokrasi dan suara majoriti dikatakan benar meski ada kalanya salah.

Baik di DUN atau parlimen begitulah, sementara di DUN Sabah suara majoriti mudah ialah 30 kerusi ke atas, sementara di Parlimen 112 kerusi dan untuk pinda undang-undang  perlu 112 undi saja, sementara undang-undang  baru mesti 2/3 iaitu di parlimen kira-kira 148 MP. itulah caranya.

Di Kabinet pula, sama saja mesti keputusan bersama dan jika bantahan seorang dua dan tidak majoriti maka yang membantah kena akur suara ramai dan tidak boleh berkata di luar yang dia tak setuju.

Suara kabinet itu suara bersama dan bukan suara individu tetapi kabinet sekarang apa saja kata PM selaku pengerusi rata2 kaki ampu setuju dan memuji sambil mengatakan cadangan PM terbaik dan terpuji.

Malah kekadang kes berbillion-billion  tidak dibincang di kabinet dan itu seolah harta milik sendiri dan yang meluluskan juga hanya sekitar 4 orang yang tiada kaitan dengan kabinet.

Bayangkan dana berbilion kabinet tidak terlibat dan tahu-tahu  hutang 1MDB meloncat dan ini menjadi beban negara sebab hutang Kementerian kewangan yang menjamin makna itu hutang rakyat Malaysia sejumlah dekat 30 juta orang.

Segala apa saja peruntukan kecuali 1MDB dikuasai oleh PM dan kalau seseorang itu tidak diminati maka sedikitlah peruntukan dan itupun masik dikuasai oleh Kementerian kewangan dan kerana itulah banyak projek-prejek  mega yang dapat ialah kalangan suku sakat menteri kewangan iaitu Najib sendiri.

Nah, peruntukan untuk Sabah amat sedikit sedang keluasan Sabah/Sarawak hampir sama dengan Malaya disamping sumber sabah banyak sangat masuk ke tabung WANG DISATUKAN.

Lalu bagaimana menteri-menteri  dari Sabah mahu perbaiki kemudahan asas di Sabah seperti jalan raya, air paip dan sebagainya/kalau adapun siap dikerjakan oleh  Ketua Menteri (KM) dan kroni suku sakat secara award bukan tender dan itu sebab apa saja projek melalui jabatan pembangunan semuanya sudah ditentukan milik individu. Pengarah Jabatan Pembangunan Sabah (JPS) hanya melihat memerhati tiada kuasa.

Sesungguhnya inilah antara kelemahan dan sebab-sebab sesiapa saja duduki kerusi menteri di persekutuan agak terhad untuk membangunkan Sabah selagi Najib yang korup terus kepalai kabinet persekutuan

Terus terang saya katakan sistem yang diguna pakai di  DUN Sabah layak  disebut Sistem Sontoloyo i DUN BN Sabah


No comments:

Post a Comment