Evangeline
Soraya Kigis
Saturday July 30/2016
www///sabahinsider14.blogspot.com
2.Rakyat Sabah perlu peka dengan perkembangan semasa melanda
UMNO kalau Melayu sendiri menolak parti mereka, tidak ada sebab suku suku di
Sabah menyelamat parti yang tidak menghormati hak rakyat Sabah.
3.Orang ramai jangan terpedaya oleh isu
pembangunan dan keselamatan kerana itu tugas hakiki setiap kerajaan yang
memerintah.
4.Kalau dulu kita akur apa saja telunjuk
Malaya kita kena ikut kerana kita serba kekurangan dari berbagai hal termasuk
tahap pendidikan rakyat Sabah rendah.
5.Kalau bukan dana pendidikan dari Yayasan
Sabah dan kerajaan Sabah hanya mengharap dari biasiswa dari persekutuan ada
kemungkinan paras pendidikan Sabah masih ketinggalan jauh berbanding negeri
negeri Melayu.
6.Sampai bila kita mengharap ihsan dari
persekutuan yang ramai meragui keikhlasannya membangun Sabah?
7.Setiap pemimpin Sabah yang ikhlas
memperjuangkan untung nasib bangsanya akan dicantas dikenakan berbagai tindakan
yang kurang wajar dan tidak adil.
8.Dr Jeffrey dipenjara bertahun lamanya
dengan alasan membawa Sabah keluar dari persekutuan tanpa bukti yang jelas.
Untuk mematikan kharismatik politiknya dituduh mengelapkan wang yayasan Sabah
sampai kini mereka tidak dapat membuktikan di mana negara dan bank disimpan.
9.Datuk Shafie Apdal hanya selangkah lagi
menjadi timbalan perdana menteri dari Sabah ditelanjangkan gara gara membidas
tata laku bosnya no.1.
10.Tun Fuad dan Tun Mustapha adalah
pemimpin patriotik Sabah yang ingin melihat negeri ini berdiri sama tinggi
duduk sama rendah dengan negeri negeri Melayu. Semua sudah tahu mereka menjadi
mangsa politik persekutuan...Al-Fatihah bagi mereka berdua....Aamiin.
11.Siapa lagi kalau bukan kita,bila lagi
kalau bukan sekarang kerana kita sudah mampu mengurus hal ehwal Sabah dan
kembalikan semangat perpaduan dalam kepelbagaian....
No comments:
Post a Comment