OLEH:
JOSEPH P ANDAU (KOTA BELUD)
www//sabahinsider14.blogspot.com
Tuesday
July 26/2016
KEBANGKITAN rakyat
Sabah yang terdiri dari pelbagai suku bangsa Kadazan-
Dusun-Murut-Brunai-Bisaya-Bajau-Suluk Kadayan-Kegayan-Jawa-Bugis-Banjar-Bolongan-Tidung-India
dan Cina semakin membara untuk menentang habis-habisan
UMNO/BN untuk bertapak lebih lama di bumi di bawah bayu ini.
Walaupun berbagai pihak dari UMNO pusat ramai yang datang untuk
meredahkan keadaan pergolakan UMNO di Sabah termasuk Perdana Menteri sukar
sudah untuk menambat hati rakyat Sabah
kerana telah menyedari perjuangan UMNO sekarang yang telah dipimpin oleh
Najib sudah menyimpang jauh dari
perjuangan asal UMNO/BN yang sebenarnya.
Saban hari kita membaca
berita-berita yang tersiar di media-media
portal online kebangkitan kes 1MDB
semakin hari menjadi isu dan topic paling
panas diperkatakan oleh semua kaum di Negara ini kerana tiada kesudahannya.
Kini rakyat Sabah telah
menyedari para pemimpin UMNO Pusat telah
mempersenda-sendakan para pemimpin
UMNO Sabah kerana para pimimpin UMNO Sabah 97 peratus tunduk dan patuh apa saja
yang dicakapkan oleh para pemimpin UMNO semuanya main Yes Man
sahaja tidak berani membatah sehingga
ekoran main Yes
Man rakyat Sabah yang tergolong miskin tegar semakin terhimpit dalam
menempuhi kehidupan harian yang semakin kritikel disebabkan harga barangan
keperluan harian terlalu tinggi.
Banyak lagi perkara yang
perlu dihuraikan disini kalau para
pemimpin UMNO Sabah berani mengulangi
lagi permintaan tuntutan kadar agihan
minyak di Sabah dari 5% hingga 20% sukar untuk dicapai minta kurangkan tuntutan
agihan 10%pun boleh juga.
Sejak tahun tahun 1963 hingga
2016 yang sudah mencecah umur 53 tahun agihan minyak tetap tidak pandai berubah
tetap seperti biasa hanya 5% peratus sahaja inikah dikatakan kerajaan
persekutuan yang diurus tadbir oleh UMNO/BN baik terhadap negeri Sabah dan
Sarawak.
Kita membicarakan soal
kepimpinan politik di Sabah timbulnya pergolakan UMNO di Sabah yang semakin
kritikel ini punca sebenarnya adalah
ekoran pemecatan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah sekaligus penggantungan keahlian UMNO.
Rakyat marah terutama dari
suku Bajau dan Suluk DS Shafie sudah
berjuang mengabdikan dirinya selama 30 tahun dalam UMNO tetapi tiada seorangpun
pemimpin UMNO Pusat dan Negeri menghargai
dan mengenangkan jasa-jasanya yang ditaburnya.
Sekarang UMNO/BN Sabah tidak
lama lagi terkubur hancur jika suku-suku yang disebutkan itu bersatu hati tidak
memberi undi kepada calon-calon BN/UMNO pada PRU14 nanti.;
No comments:
Post a Comment