OLEH” ISMAILY BUNGSU
www///sabahinsider14.blogspot.com
Wednesday July
2016/27
MEMANG tidak
mustahil tetapi itu sekadar anganan kata-kata politik yang memang sukar
ditunai.
Bukan saja Sabah bakal tuntut, malah
Trengganu, Kelantan dan Sarawak juga akan sama dan apakah adil namanya jika
hanya diberi kepada Sabah?
Bagaimana kerajaan persekutuan mahu bagi sedang kerajaan
persekutuan sendiri berhutang sekitar RM900 bilion dan faedah 1MDB lagi
menjadikan Malaysia dalam bahaya.
Seperti yang dikatakan memang itu tidak
mustahil tapi dalam keadaan sekarang ini memang agak susah dan barangkali untuk
50 tahun mendatang itu boleh difikir/ditunai sebab melihat dua tiga negeri yang
terkait.
Sebenarnya soal tuntutan itu tidaklah perlu
diuar2kan di luar dan bukankah kabinet persekutuan satu ruang yang boleh
dijadikan forum untuk menuntut seperti dalam perjanjian itu?
Tidak perlukan di pentas terbuka dan rakyat
tidak mahu dengar ceritanya itu tetapi yang mahu rakyat tahu ialah keputusan
yang kelak kabinet luluskan.
Nah, kesan ianya diuar-uarkan di luar
seperti forum dan libatkan parti pembangkang sambil cakap sana sini, siar media
untuk tunjukkan yang pemimpin sudah bersuara demi rakyat, maka itu jelas
hanyalah suara-suara politik yang usah menagih undi di PRU mendatang.
Kesan BN sudah mula kurang sokongan kerana
GST menyusah rakyat, kasus 1MDB yang jelas satu perampokan khazanah negara
secara terang2an dan rakyat cukup faham dan siap menolak BN di PRU14 dan kerana
itu adalah menteri-menteri usaha mencarikan TALIAN HAYAT untuk mendapat
sokongan rakyat.
" Kita bukan mahu 20% tetapi kita mahu
SAIN dan bila sain diperolehi maka kita akan guna kuasa 80% " Kata Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) lewat ucapan di KB kelmarin.
No comments:
Post a Comment