OLEH: SHAIMON S JUMADi @(JUMASS)
www: sabahinsider14.blogspot.com
Tuesday July 19.2016
SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien
Fatt semakin hari semakin mendapat perhatian dan sokongan dari orang-orang Islam
(Melayu) terutama sekali penduduk-penduduk Kampung Sim-Sim mengenai perjuangan
DAP.
Atas jemputan oleh tuan rumah Anjas Asmawi di kediamannya di Kampung Sim-Sim ke Majlis Aqiqah dan
Bergunting/Potong Jambul cucunda Asmara
Intong sebagai menghormati budaya orang
Islam MP Sandakan Wong bersama rombongannya yang terdiri daripada kakitangan
Pejabat Parlimen Sandakan dan para pemimpin kanan DAP Sandakan telah hadir dimajlis tersebut.
Kedatangan Wong bersama rombongannya mungkin
kali pertama Wong datang kemajlis
seumpama ini mereka disambut dengan
penuh mesra oleh tuan rumah dan lain-lain tetamu.
Walaupun Wong bukan beragama islam tetapi dia
sebagai wakil rakyat yang telah dipilih oleh pengundi pelbagai kaum tetap mendekati masyarakat Islam ini adalah visi dan misi perjuangan politiknya
yang diasaskan oleh DAP Malaysia sebagai
sebuah parti berbilang kaum (Multiracial Party)
Asmara mengucapkan ribuan terima kasih diatas
kesudian Wong bersama rombongannya datang ke
majlis Aqigah/Gunting Rambut ini.
“Pemimpin
semacam Wong yang kita mahu sokong sampai bila-bilapun walaupun wakil
rakyat dari pembangkang tetapi Wong
benar-benar memainkan peranannya dan berjiwa rakyat bertanggungjawab dalam membantu
rakyat pelbagai kaum yang memerlukan” kata Asmara dengan laungan Hidup Wong Hidup DAP.
No comments:
Post a Comment