OLEH: SHAIMON S JUMADI
KARAMUNTING:-:
Masyarakat tentunya rugi jika sesuatu kemudahan asas yang membawa banyak
manfaat tidak dijaga sebaik mungkin padahal ianya penting sebab dapat digunakan
semua pihak.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang, berkata setiap
kemudahan disediakan pihak kerajaan hendaklah sentiasa terjaga lebih-lebih lagi
bagi masyarakat amat memerlukannya selama ini.
Beliau
berkata, mana-mana wakil rakyat pun tidak pernah mengabaikan permintaan akar
umbi malahan mereka bekerja keras dengan membantu untuk memastikan kemudahan
yang diperlukan dapat disalur demi kepentingan bersama.
Katanya,
perkara ini perlu difahami kerana mengambil kira usaha-usaha membawa pembangunan
yang dibuat adalah bagi kepentingan rakyat jelata maka peri pentingnya segala
kemudahan dijaga sebaik-baiknya.
"Saya
berpesan di sini agar Dewan Serbaguna Kampung Air yang tersergam indah
ini perlu dijaga kerana faedahnya banyak kepada penduduk setempat termasuklah
di sekitar sini.
"Banyak
aktiviti yang boleh dibuat samada majlis-majlis perkahwinan mahu pun aktiviti
sukan atau yang melibatkan program kemasyarakatan. Jadi, jaganya sebaik mungkin
kerana tanggungjawab berkenaan adalah bersama.
"Sebagai
wakil rakyat, tentu rasa bangga kerana saya difahamkan bahawa Dewan Serbaguna
ini merupakan satu-satunya dewan yang mempunyai keluasan yang terbesar di
Sandakan.
"Ini
menunjukkan kerajaan kita yakni Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan
peka terhadap keperluan serta permintaan rakyat. Hal ini selaras dengan slogan
kerajaan BN iaitu 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'
"Dengan
adanya dewan ini, saya berharap ianya dapat memberikan para penduduk kampung
manfaat dan sekali gus menggunakan sebaik mungkin dengan mengadakan pelbagai
aktiviti dan program yang ada di kampung.
"Untuk
itu, demi menjaga keselamatan dan keselesaan penduduk setempat yang menggunakan
dewan serbaguna ini, saya akan menaiktaraf lagi dewan ini dengan membaiki apa
yang patut dibaiki melalui peruntukan Khas Adun pada masa yang akan
datang," jelasnya.
Charles
menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Dewan Serbaguna
Kampung Air di Jalan Bokara Lama, dekat sini, kelmarin.
Hadir
sama Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Haji Mohd Hamsan
Awang Supain; Pegawai Kerja Kanan di Bahagian Pembangunan Luar Bandar MPS,
Norijah Haji Sani; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Alex Loh
dan wakil-wakil daripada agensi kerajaan seperti Polis, Maritim, Bomba, Jabatan
Belia serta Pengerusi JKKK Kg Air, Jafar Mustapah termasuk pemimpin masyarakat
setempat.
Terdahulu
dari itu, Hamsan berkata dengan terbinanya dewan serbaguna ini akan memberikan
peluang kepada penduduk kampung untuk menjalankan pelbagai aktiviti
kemasyarakatan.
Malah,
kata beliau, penduduk setempat terutama di sekitarnya boleh memanfaatkan
kemudahan dewan serbaguna ini seperti mengadakan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah.
"Yang
penting jaga kebersihan dewan serbaguna agar ianya terus terpelihara. MPS,
sebagai agensi pelaksana akan sentiasa memantau apa jua keperluan yang boleh
dipertingkatkan bagi membolehkan masyarakat memanfaatkan kemudahan asas
ini," katanya.
https://www.quora.com/As-a-Malaysian-are-you-ashamed-of-your-country/answer/Xavi-Serrano-3
ReplyDelete