700 AHLI TENOM KELUAR UMNO?


( Sebenar UMNO tidak salah/salahnya PEMIMPIN bacul  dan jahil  tak ubah perangai  persis  Gunduruwo anak kepada wewekgombel)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday July 29/2016
www///”sabahinsider14.blogspot.com

SAYA sudah cakap. Bukan sekali cakap tapi berkali-kali. Kekadang rasa bosan juga tetapi demi sedarkan saudara-saudara  kita ini, saya harus cakap. Maki dikata besi buruk? Sila saja tak apa-apa. Lawan tatap lawan.

Jika marahpun, silakan sajalah, sebab saya cakap benar bukan bohong. Saya tidak mahu Sabahan kena tipu buli macam lembu atau KARABAU. Melayu ikut perlembagaan definasinya "beragama islam dan amal adat Melayu".

 Itu maksudnya. Jadi, suku bukan yang UMNO di Tenom melayukah? Kenapa kalangan suku-suku di Tenom sertai UMNO sedang parti lain banyak di Sabah atau sertai saja parti yang bukan perkauman.

Hairan bin aneh bte ajaib Rubin Balang, Ambrose dan Kiande ketua UMNO bahagian di Sabah. Melayukah mereka itu?

Kenapa mereka masuk UMNO dan tidak masuk PBS misalnya dan itu jelas ada sesuatu yang dimahukan dan kalau begitu ahli-ahli yang bukan islam dan tidak amal adat melayu makna kena TIPU. Benarkah cakap saya ini? Saya sekadar rujuk definasi perlembagaan Malaysia.

UMNO itu sudah jelas ditubuhkan di Johor? terkait penyair Raja Ali sebab dari atasan hingga ke bawah sama, lalu kenapa sabahan dan KDM sertai parti yang salah. Tinggalkanlah UMNO tak perlu lagi bertahan di sana.

Sekali lagi saya jelaskan jika yang bukan melayu ikut dan tidak amal adat itu makna bukan melayu. jangan marah saya sekadar jelaskan. Maaf, memang ada kalangan melayu di sana dan rasa itu layaklah sertai UMNO jika mahu dan sebalik jika atasan UMNO itu seleweng 1MDB kena fikirlah makna kena tolak.

ISUnya bukan UMNO masalahnya tetapi pemimpin atasan yang rata-rata korup dan kita minta letak jawatan tetapi mereka tidak mahu dan jalan terakhir tumbangkan UMNO/BN dan sebelumnya keluar beramai-ramai.

Nah, kesan pertanyaan saya itu memerlukan jawaban maka jawablah dan saya semula bertanya bawah UMNO, itu Tenom dan kawasan sekitar dalam majukah?

Di Sungai Api dan kampung-kampung yang berdekatan jelas tidak ada paip air dan mereka guna sungai airnya kekadang macam milo kesan di ulu ada yang mencuri balak atau ada pembalakan. Siapa pencuri itu? tanya menterilah!

Lalu tenaga letrik di sana memang dicatu dan tenaga tak cukup kesani alat-alat letrik mudah rosak. Memang kesihan kalangan murut di sana, tetapi kenapa begitu membuta tuli menyokong UMNO/BN yang jelas memperbodohkan diri? sedang yang bangsa Melayu tidak sokong UMNO di Sabah, tetapi yang bukan melayu pula sebaliknya. Memang aneh bin ajaib bte hairan.

Baiklah kita lupakan hal itu dan saya diberitahu sekitar 10 cawangan UMNO di Tenom sekarang terumbang ambing. Apakah ini benar? saya tanya demikian sebab pasti ada kata ini FITNAH dan makanya saya bertanya.

10 cawangan dikata sekitar 700 ahli UMNO sudah tidak lagi dalam UMNO dan ini cukup bahaya buat UMNO, lagi buat apalah kalangan orang kala di sana sertai UMNO yang jelas bukan parti mereka dan kalau mahupun jelas dalam UMNO namannya ORANG PINGGIRAN dan hanya dijadikan badut untuk yang di atas terus berkuasa jadikan diri berkenaan kaya raya. Itu makna jadi alat.

Kesian ANTANOM orangnya kena buli sertai parti pemimpin parti UMNO dan kalaulah Antanom ada tentulah dia marah sangat melihat bangsanya kena pinggirkan dan di luar bandar jauh tertinggal dan tanah juga tempat mereka bercucuk tanam dan dikubur kala mati dirampas oleh kalangan Melayu berkenaan. kesihanlah dan saya tumpang sedih sangat.

Jadi, kalau memang ada 700 ahli meninggalkan UMNO makna itu satu kesedaran dan ini oleh sebab gerakan DS SHAFIE yang meninggalkan UMNO dan ini jelas satu kejayaan dan satu kebangkitan yang tidak boleh lagi dikawal dan MUSA AMAN dan menteri-menteri kabinet jangan fikir Sabahan ini terus menjadi lembu dicucuk hidung.

Bangun kamu duhai sdra2ku murut tenom
kdm, bajau brunei kedayan bisaya dan segala bangsa bersatu
bangun kamu duhai sabahan
kita serentak seirama kaki melangkah
untuk undur tidak sekali meski mati
pemimpin khianat mesti kita hantar ke gaung puaka
siap bersama pejuang bangsa
bantai
bantai
biar rebah
biar tapungkang
siap!
siap!


No comments:

Post a Comment