PARTI ALTERNATIF BUMIPUTRA SABAH ADALAH PILIHAN JITU SALAM SABAH FOR SABAHAN- ANTARA SHAFIE-MUSA



Oleh: Evangeline Soraya Kigis
Kota Kinabalu Sabah
Wednesday July 27/2016
.
😇1.Kehadiran  Datu Seri Shafie Apdal (DSSA)  semasa bumiputra Islam Sabah sedang mencari pemimpin menjadi pembela mereka dari kebosanan kepimpinan Musa yang dianggap pro persekutuan dan menyelam sambil minum air.

😯2.Ketika ini rakyat Sabah sedang membuat perbandingan diantara Shafie dan Musa yang mana mampu mengembalikan maruah Sabah yang satu ketika dihormati dan digeruni oleh persekutuan.

😇3.Pada hakikatnya UMNO Sabah sememangnya sudah lemah semenjak Musa menerajui kerajaan Sabah kekuatan UMNO Sabah tidak semata bersandarkan karismatik Musa tetapi bumiputra Islam tidak ada alternatif selain umno/BN

😈4.Sikap Musa mencantas pemimpin terutama dari pemimpin USBO majoriti suku suku berlindung dari pertubuhan melihat Musa musuh mereka wajar disingkir dari politik Sabah.

😍5.Kerjasama parti parti tempatan dalam USA(United Sabah Alliance) adalah satu ancaman kepada UBN Sabah dengan syarat tidak menutup peluang parti tempatan yang lain yang bukan sekutu mereka.

😀6.Pendirian Shafie Apdal sudah jelas menumpuhkan perhatiannya kepada Sabah dengan istilah balik kampung untuk membantu suku sakatnya yang jauh ketinggalan dari arus kemajuan.

Maka aspirasi Yong Teck Lee,Dr Jeffrey dan Bumburing dalam USA adalah seirama dan senada dengan Shafie Apdal.

😊7.Gandingan pemimpin veteran dan baru amat diperlukan menghadapi BN Sabah dengan itu bagi pemimpin lama perlulah merenung diri jika merasa menjadi beban kepada parti berlapang dada lah memberi laluan kepada orang lain.

👍8.Rakyat Sabah ada dua pilihan racun atau penawar. Jika bersama BN maka rakyat terus menerus menelan racun dan makan hati berulam jantung.

Rakyat Sabah perlu betindak bijak bersama USA untuk melepaskan dari ikatan Persekutuan yang tidak mempunyai kesungguhan dan mengabaikan hak negeri ini yang selayaknya dinikmati oleh rakyatnya.

No comments:

Post a Comment