KALAULAH BENAR BUNG MUKHTAR SOKONG MAHATHIR DAN ANWAR



Dari Sudut Pandangan Peribadi
ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com
Wednesday July 20/2016


DALAM politik tiada yang mustahil katanya NAPOLEON kesan kelmarin memang musuh dan hari ini bisa saja jadi kawan atau sebaliknya.

Dalam politik tidak boleh dendam dan untuk menang kita harus terima siapa saja meski dulu memaki hamun hina tangkap dan kutuk segala macam sebab yang kita mahu UNDI menangkan perjuangan.

Kenyataan Muhyiddin mahu berkerja sama dengan Anwar memang sesuatu yang terbaik dan itu sebelumnya Anwar sendiri menyatakan penubuhan parti baru oleh Mahathir amat dialu-alukannya dan ini perkembangan terbaik.

Muhyddin kala menubuhkan parti baru baru kena fokas yang ahli-ahlinya mesti diutama ahli2 UMNO yang tidak sebulu dengan kepimpinan masa kini/sedia ada dan yang di PH tidak perlu disentuh dan terima kalau mereka mahu asal jangan ke parti lain dalam BN.

Lalu saya merujuk kenyataan Bung Moktar yang menyatakan konon dia menyokong Mahathir dan Anwar dan ini jelas satu perkembangan yang menarik dan sungguh menyenangkan kalau memang benar.

Nah, barangkali ahli-ahli  UMNO di Sabah yang pro Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) seperti di Semporna memang berbelah bagi untuk sertai mana-mana parti dalam PH sebab masih segar permusuhan itu dan di Sabah slogan parti lokal cukup panas dan kita kena ikut rentak mahunya rakyat setelah sekian lama berjuang masih belum beroleh kejayaan.

Cara terbaik dan ini pandangan saya kepimpinan USNO kena berfikir masa depan parti dan parti itu kena ada seorang yang nampak ketokohnya untuk semula bangkitkan semangat Tun Mustapha dan caranya hanya DS Shafie Apdal sahaja boleh bangkitkan.

Makanya terbaik DSSA kepalai parti berkenaan dan susun strategi secara berparti dan kemudian siap menyatu bersama PH dan USA yang boleh diyakini dan jalan tengah DSSA boleh ketuai penyatuan gabungan itu ( orang tengah) dengan nama SABAH BARU ( sekadar contoh)

Kemudian di PRU 14, SABAH BARU ambil keputusan YB2 yang ada sekarang sekitar 11 orang DUN ( kecuali dua yang meninggalkan PKR) kena kekalkan termasuk kerusi-kerusi  MP Pakatan Harapan (PH), sementara yang lain dibincang secara muafakat tanpa ada rasa syakwasangka.

Kemudian SABAH baru ini duduk sepakat bersama parti nasional gabungan PH dan parti yang bakal ditubuhkan oleh Muhyddin dan jika ini menjadi kenyataan


No comments:

Post a Comment