DARI KACAMATA KETUA WANITA PBS TG PAPAT
SALEENA
Titi
SEBAGAI seorang wanita apa lagi orang bergelar ibu
seharusnya menyayangi anak-anaknya kerana anak-anak itu merupakakan anugerah Allah sepatutnya dijaga dengan
sebaik-baiknya.
Saya amat bersimpati dan amat sedih sekali terhadap nasib empat orang anak yang masing-masing baru berumur dua yang besar
tujuh tahun empat tahun dan paling kecil
2 tahun yang telah ditinggalkan ibunya dengan berbekalkan wang tunai RM70.00
botol susu dan dua utas payung
Menurut laporan rasmi seorang anggota polis
berpangkat L/KPL 176236 Kamil dan seorang lagi rakannya telah memjumpai
kanak-kanak berempat itu percayai berbangsa Iban kelihatan berlegar-legar di kawasan
Sibu Jaya
Hasil pemeriksaan rupa-rupanya mereka
berempat itu dihalau keluar oleh ibunya kerana dipercayai ibunya berhasrat hendak kahwin baru.
Kebiasannya
kalau berlaku penceraian suami isteri boleh dikatakan 80 peratus bapa
tadi yang suka meningalkan anak-anak begitu sahaja dan ibu yang telah ditinggalkan suami tadi
yang sudah bergelar janda atau ibu tunggal terpaksa memeihara dan menjaga
anak-anaknya sehingga mereka dewasa.
Jarang-jarang sekali kita mendengar ibu yang
sanggup meninggalkan anak-anaknya bila berlakunya penceraian itu, sebagai mana
susahnya seorang ibu terpaksa juga menjaga anak-anak mereka, itulah sifat-sifat
kelebihan seorang ibu menyayangi anak-anak mereka berbanding dengan seorang
lelaki bila sudah bercerai terus kahwin baru.
Dalam konteks ini saya ingin menyentuh
sedikit peranan dan pengorbanan seorang itu terhadap anak-anaknya seorang ibu
tunggal boleh menjaga 10 orang anak sehingga dewasa dan sebahagian anak-anak
yang dibela tanpa seorang ayah ada yang sudah
berjaya dalam kehidupan mungkin ada yang sudah jadi doctor dan lain-lain lagi.
Namun disebaliknya pula dalam 10 orang anak-anak
tadi belum tentu boleh menjaga seorang ibu ada kalanya ibu-ibu tunggal tadi bila sudah tua dihantar kerumah kebajikan orang-orang dengan
alasan tiada orang menjaganya kerana semua bekerja.
Berkisar dengan cerita budak berempat yang
telah ditinggalkan ibunya di Sibu Sarawak itu, sebagai seorang ibu seharusnya
menyayangi anak-anaknya walaupun ibu tadi ingin berkahwin baru tapi anak-anak
jangan diketapikan, anak-anak itu adalah
anugera tuhan
Orang yang mendirikan rumah tangga apa tujuannya lain
tidak bukan selain menikmati kerosonakan disamping itu mahu dapat anak atau keturunan.
Sebagai kesimpulannya ada orang sudah berumah
tangga bertahun-tahun lamanya mereka tidak mendapat zuriat (anak) mereka sanggup
mengambil anak orang lain untuk jadikan
anak angkat, ini sudah dapat anak darah daging sendiripun mereka masih tega
menginggalkannya apa punya cerita ini”
The Sabah Insider. Net tidak akan bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. -
ReplyDeleteSYABAS SALEEN KAU AKAN JADI PENULIS MEDIA
Delete