OLEH: SHAIMON S
JUMADI (TSI)
Monday July 25/2016
SANDAKAN:-
Semakin
hari semakin lama perjuangan DAP sedikit sebanyak telah mendapat perhatian dan
telah diterima khususnya masyarakat Islam.
Menjurus
penyatuan dan mengeratkan siratulrahim antara kaum yang lain bukan seagama dan
bukan sebangsa bertambah erat bila mana timbulnya rasa kasih sayang dalam menerap nilai-nilai murni yang
sentiasa tersemat dihati sanubari
seseorang itu harus dipupuk agar dijadikan garis panduan hidup yang lebih
bermakna.
DAP
walaupun sebuah parti pembangkang tetapi perjuangannya untuk membela semua rakyat yang berbilang kaum tanpa mengira warna kulit bangsa-budaya
dan agama inilah visi-misi dan manifesto perjuangan sebenar yang diamalkan oleh
para ADUN dan MP di kalangan pemimpin DAP.
Sempena
kunjungan rumah terbuka hari raya
anjuran Sekolah Agama Negeri (SAN) Batu 1 ½ Jalan Chee Wah Ahli Parlimen
Sandakan yang juga Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tian Fatt bersama ahli-ahli
jawatankuasanya termasuk pegawai dan kakitangan Pejabat Parlimen Sandakan sempat bertamu kemajlis tersebut bersama-sama
masyarakat Islam yang terdiri daripada guru-guru Agama Jawatankuasa PIBG SAN
dan para ibubapa menjamu selera pelbagai juadah raya yang dihidangkan.
Terdahulu
Wong bersama rombongannya mengadakan gotong royong bagi membaik pulih bangunan sekolah
agama berkenaan di mana peruntukan
adalah disumbangkan oleh MP Sandakan.
“Saya
sebagai wakil rakyat tugas utama saya adalah untuk membantu mana-mana pihak
yang memerlukan mengikut kemampuan saya
sama ada mereka Melayu-Cina India dan lain-lain bangsa namun khidmat
saya untuk semua rakyat pelbagai bangsa” katanya
Selanjutnya
Pengerusi PIBG-guru-guru dan para ibubapa mengucapkan jutaan terima kasih
kepada DAP khususnya MP Sandakan yang benyak memberi bantuan terhadap
kemuskilan sekolah ini yang mana selama ini tiada sesiapa yang ambil tahu akan
masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah.
“Mujurlah
ada Ahli Parlimen Sandakan walaupun YB
Wong seorang ahli pembangkang tetapi beliau seorang pemimpin berjiwa rakyat
yang tak pada rasa bosan dan jemu terus menghulurkan bantuan dari masa kesesama
kepada mereka yang memerlukan” kata Jurucakap pihak SAN
No comments:
Post a Comment