BN/UMNO GAGAL ATASI KEROSAKAN JALAN KALABAKAN-KE KENINGAU YANG SEMAKIN TERUK

\



OLEH FARIDAH AHMAD ABDULLAH
www: sabahinsider14.blogspot.com\
Tuesday July 19/2016

TAWAU: Sabah sudah merdeka  melalui penyertaan   gagasan tanah Melayu/Malaysia sudah 53 tahun  tetapi negeri Sabah masih lagi ditahap taraf kemiskinan bukan saja kehidupan rakyatnya tetapi infrastrukturhnya juga turut terjunam kelembah kedaifan.

Jelas dan terbukti  Jalan Kalabakan yang menuju ke Kinangau dalam keadaan rosak  yang amat teruk sekali  ia boleh mengundang kecelakaan para pengguna  yang melalui jalan itu jika tidak berhati-hati.

Yang menghairan kerajaan BN/UMNO telah melaung-laungkan Sabah adalah negeri terkaya jika di bandingkan dengan 12 negeri di seluruh Malaysia tetapi kerosakan jalan Kalabakan itu hampir 10 tahun kenapa dibiarkan dan diabaikan begitu saja tanpa di naik taraf.

Wartawan Media Portal The Sabah Insider.net telah difahamkan barang kali kerajaan tidak mahu membaik pulih keadaan jalan tersebut factor utama jalan Kalabakan menuju  ke Keningau adalah tempat laluan utama para pencuri balak di hutan simpan yang berhampiran.

Diharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlmen Kalabakan akan bangkit  dan turun padang tinjau jalan Kalabakan ke Keningau seterusnya menganbil inisiatif untuk mengatasi kerosakan jalan yang semakin teruk.


Selain itu mana sudah Unit Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Sabah kenapa tak buat spot check  mengenai gejala dan aktiviti curi kayu balak oleh taukey-taukey di kem-kem pembalakan di Kalabakan.

No comments:

Post a Comment