OLEH: E. SORAYA KIGIS
www:sabahinsider14.blogspot.com
Wednesday July
20/2016
1.ADALAH benar kedua tokoh politik kawakan ini lahir di tengah
tengah masyarakat Sabah Bersuku Bajau dan Pakistan.
2.Kalau diamati
budaya hidup mereka amat berbeza dan falsafah hidup pun tentu berlainan bagai
suku Bajau sudah memadai hidup sederhana seperti amalan kebanyakan suku lain
yang ada persamaan Iranun,Suluk,Ubian dll.
Lain halnya keturunan Pakistan Sabah mereka bijak mencari
peluang untuk mencari kekayaan dan ternyata mereka lebih berjaya jika
dibandingkan dengan suku sakat Shafie Apdal.
3.Shafie lebih mendalami hati naluri sukunya
yang tinggal di pulau pulau kebanyakannya ketinggalan arus pembangunan dan
masih peraih ikan untuk sekadar cukup makan mereka tidak empunya kilang
memperoses hasil laut apa lagi gedung gedung besar seperti Wisma Bandar Raya
dll.
4.Secara jujur hanya
Shafie dapat menyelam hati Bajau-Suluk kerana beliau sebahagian dari mereka dan
memahami sensitiviti dimana rapuhnya dan dimana kelemahannya.
5.Mereka tinggal di
pesisir pantai dan pulau pulau kecil ada juga dalam perahu namunpun mereka
berhak mengambil tanah seluas mana pun kerana mereka ada hak juga tapi tidak
seperti lain ada ladang beribu hektar dan tanah seluas mata memandang.
6.Orang pendalaman
hampir kehabisan tanah adapun geran komunal dan orang pulau hampir terusir atas
alasan pembangunan dan keselamatan yang hanya menguntungkan sebelah pihak.
7.Bumiputra tertipu
diberi geran komunal hanya kegunaan sendiri tapi tidak boleh dijadikan harta
kerana tidak boleh diperjual belikan tapi pada masa yang sama ribuan hakter
diserahkan kepada syarikat syarikat besar dari Malaya yang ada kepentingan
pembesar negeri.
8.Alhyrm.Tun
Mustapha adalah Bajau-Suluk sedar sukunya dan rakyat Sabah ketinggalan jauh
dibidang pendidikan maka ditubuhnya Yayasan Sabah untuk anak bangsa meningkat
pendidikan kerana pelajaran lah boleh mengangkat kedudukan peribadi dan
keluarga tapi sekarang sukar bagi orang miskin melanjutkan pendidikan kerana
skim biasiswa telah dihapuskan dan wang YS Sabah untuk apa dan di kemanakan?
9.Suluk-Bajau Sabah
tidak ada pilihan lain selain Shafie Apdal diangkat jadi pemimpin untuk
mengembalikan maruah sebagai suku- bangsa yang lebih berhak mentadbir negeri
ini.
10.Di mana saja kamu
berada di pelusuk negeri ini berilah sokongan kepada Shafie Apdal untuk
mengangkat martabat suku ini yang kian terhakis dan dilupakan....
No comments:
Post a Comment