OLEH: ISMAILY BUNGSU
www//sabahinsider14.blogspot.com
Saturday July 23/2016
PETANG ini tenang-terang saja dan sambil membaca kasus 1MDB dan kaji
sana sini maka memang ianya merupakan satu ISU yang cukup panas dan kesan SYOK
membaca, tidak terasa Datuj Seri Shafie Apdal (DSSA) menelefon saya jam 3:00pm hari ini tapi tak
sempat diangkat.
Lalu saya telefon
semula dan kami bercakap bermacam hal dan masalah dan percakapan kami cukup
cepat dan kekadang tidak tertangkap tetapi adalah yang dapat saya kutip.
DSSA masih mengatakan agar saya berhati-hati
menyiarkan apa yang dikatakan sebab ada yang SULIT dan ada yang masih dalam
kajian dan kesan saya sedikit berpengalaman dalam kerajaan maka itu cukup saya
tahu mana sulit dan mana harus disebar.
" Haji
fikirlah, memang saya selalu bercakap di kabinet, bukan saja hal Sabah malah
macam-macam hal demi kepentingan Malaysia " Katanya dan antara yang selalu
ia katakan sejak kebelakangan sebelum dipecat ganting ialah soal 1MDB.
Bila disentuh soal
suntikan dana yang berkali-kali maka akhirnya DSSA bersuara tidak bersetuju
tentang sintikan tiga bilion dan kesannya dia mula tidak disenangi.
DSSA memang
merasakan ada sesuatu yang tidak kena sebab 1MDB hanya dikendalikan oleh
seorang dua sahaja sedang dana yang dikawal berbilion jumlahnya milik rakyat.
Pinjaman di
mana-mana pusat kewangan sebenarnya dijamin oleh Kementerian Kewangan, maknanya
itu dana milik rakyat dan bila tidak dapat diselesaikan hutang berkenaan, maka
rakyatlah yang menanggung dan membayarnya.
" Haji
fikirlah, kita cukup hairan syarikat 1MDB ditubuh dengan modal berbilion tetapi
perniagaannya tidak jelas dan pekerjanya hanya seorang dua.
Syarikat apa
begitu?" Kata DSSA dan saya tersenyum sambil terus membaca nota melalui
skrin komputer di rumah. Sambil menyelam sambil minum air dan biasanya
begitulah saya.
DSSA menjelaskan
lagi kesan hutang membengkak dan dana 1MDB tidak tahu ke mana pergi dan
difahamkan mengalir ke beberapa akaun peribadi dan akhirnya lenyap tanpa rekod
yang mungkin diselewengkan untuk menutup kelemahan.
Bila diajukan kepada
peguam negara dan dengan mudah peguam negara menjelaskan kes 1MDB ditutup kesan
tiada kes dan ini sesuatu yang luar biasa.
Memang sudah dijangka
kasus 1MDB tidak akan selesai dan sekarang sudah jelas ianya menjadi satu
berita yang cukup mengejutkan bukan saja di Malaysia malah dunia melihat negara
Malaysia mempunyai pemimpin yang dikelilingi dengan bermacam skandal tipu daya.
Kesan hal ini dibangkit
dan diambil perhatian oleh jabatan kehakiman di luar negara maka begitu mudah
Salleh Said Keruak menjelaskan berita itu sebenarnya merupakan permainan barat
untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.
"...Memang
hebatlah datuk sebab sesuailah dengan kenyataan Riza berjuta-juta masuk ke
akaunnya kesan derma bapanya sebagai hadiah..." DSSA ketawa dan sambil
ketawa ia menjelaskan ketika di Kota Belud, Tenom dan Membakut ada ISU yang
berbeda lagi berat akan dikatakan dan bersiap sedialah rakyat Sabah mendengarnya.
No comments:
Post a Comment