KAPITAN CINA ELOPURA JAMES LEONG…..KENAL PASTI KELEMAHAN TINGKAT LANGKAH KESELAMATAN…


OLEH: BALAN-BALAN A/L PENANGGALAN
Sarurday July 16/2016

SANDAKAN: Pihak keselamatan diminta mengkaji semula dengan lebih mendalam serta mengenalpasti kelemahan bagi memperkuatkan dan mempertingkatkan langkah keselamatan untuk memastikan keselamatan rakyat Sabah lebih terjamin.

Kapitan Cina Kawasan Elopura, James Leong 梁駿健) berkata perkara ini perlu diambil perhatian yang lebih serius ekoran kejadian penculikan yang berlaku lagi baru-baru ini.

Dalam pada itu katanya, masyarakat juga diminta terus memberi sokongan kepada pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan negeri ini.

"Sekarang bukan masanya untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi kita seharusnya
bersama-sama memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dalam usaha menangani kes-kes penculikan ini," katanya.

Beliau berkata masyarakat di sini mahu semua pihak mengambil serius soal keselamatan perairan negara yang sering dibolosi jenayah rentas sempadan dan penculikan.

"Kita juga mahu pihak kerajaan meningkatkan kesiap-siagaan logistik pasukan keselamatan yang bertugas di pantai timur Sabah.

"Pada masa sama, kita juga mahu pasukan keselamatan berjaga-jaga dan meningkatkan kawalan di perairan di timur negeri ini agar insiden penculikan tidak berulang," katanya.

Katanya, pembunuhan tebusan juga amat dikutuk dimana ini menunjukkan kumpulan militan dari Selatan Filipina yang melakukan penculikan adalah kumpulan yang tidak berperikemanusiaan.

Tegasnya tindakan kumpulan penculik membunuh mangsa culik tidak boleh diterima dan harus dipandang serius oleh kerajaan dan pasukan keselamatan.

"Sebagai penduduk di daerah ini, kita harus memberi kerjasama yang baik dalam menangani isu kes penculikan dan pencerobohan di negeri ini," katanya.

Katanya kes penculikan diperairan Sabah semakin hari semakin menjadi-jadi seperti perdagangan Barter Trade



No comments:

Post a Comment