ISU CERAI DAN POLIGAMI
"RASA MAHU MATI
SUDAH NI! AJARI AKU UNTUK REDHA."
Oleh:Ezza Fazlina Jamlidi
www//: sabahinsider14.blogspot.com
Friday July 22/2016
MESEJ ringkas daripada seorang rakan pagi-pagi buta. Sibuk
memikirkan soalan dia, sehingga dompet saya pun tertinggal di rumah
Entah kenapa sejak kebelakangan ini saya
seperti menjadi seorang kaunselor tidak bertauliah. Kata kawan-kawan, saya
kelihatan 'cool' dan lebih redha apabila dilanda ujian atau musibah. Saya belum
juga sampai ke tahap redha yang sebenar-benarnya.
Cuma, apabila menghadapi satu-satu perkara
saya sering memujuk dan berbicara dengan hati sendiri.
Perjalanan hidup saya
tidak seindah puteri raja.
Dalam usia muda, banyak
perkara yang telah saya lalui, dan saya belajar daripadanya.
Berbalik kepada mesej
rakan itu tadi, dia sebenarnya dalam proses cerai dengan suami yang dikahwini
baru dua tahun.
Kehadiran orang ketiga
dan enggan berpoligami menjadi asbabnya. Dia sangat tertekan dengan keadaan.
Jadi, bagaimana untuk
redha? "Kita tidak akan mampu redha jika tidak meletakkan kebergantungan
sepenuhnya kepada Allah." Itu bukan jawapan saya. Itu adalah jawapan
daripada 'Guru Jiwa' saya yang saya pegang sehingga hari ini.
Allah itu lebih daripada
cukup. Tidak ada satu apapun di langit dan di bumi yang boleh menggantikannya,
termasuk kasih sayang manusia.
Kalau kita kehilangan
semua manusia di dunia inipun, kasih sayang Allah cukup untuk menggantikan
semuanya.
Rasa mahu mati sebab
akan berpisah? Berpisah itu pilihan. Kamu yang memilihnya, maka bersedialah
menerima apapun kesan daripadanya. Tidak ada siapa-siapa menyuruh untuk
berpisah. Jika itu pilihan muktamad, sebelum ini pun kamu hidup tanpa dia.
Matikah? Tidak, bukan?
Sedih itu normal. Kita
ini bukan robot. Tentang kehadiran orang ketiga itu saya ulas kemudian, sebab
isu ini agak sensitif.
Bertemu di bahagian II."Kita
merancang, namun Allah telah jauh terlebih dahulu merancang."
SALAM JUMAAT
ULASAN EDITOR (MEDIA PORTAL THE SABAH INSIDER
ONLINE)
Merikut rekod rasmi di
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
menunjukan angkah paling tinggi kes penceraian di kalangan pasangan orang-orang
Islam.
Pertama di kalangan
wanita-wanita Islam yang sudah berumur antara 40 tahun keatas yang sudah
mempunyai anak ramai 97 peratus mereka
memohon fasyak pencerian terhadap suami-suami mereka.
Punca penceraian itu factor
utama 90 peratus perempuan-perempuan Melayu yang berumur lingkungan 40 an
keastas meminta diceraikan oleh
suami-suami mereka kerana semata-mata mereka ingin berkahwin dengan lelaki Bangladesh
yang terlalu ramai tinggal di Negara ini menjadi pujaan hati ramai di kalangan
wanita-wanita Melayu.
Sekarang lelaki bangla
jadi rebutan terhadap wanita-wanita Melayu mereka rela dan sanggup meninggalkan suami dan ramai anak-anak mereka kerana ingin
berkahwin dengan lelaki Bangla.
Soal badan lelaki bangla
yang berbau hapak dan bau tengik bagi wanita Melayu yang tergila-gilakan sangat lelaki bangla mereka tak ambil kisah
soal bau yang penting cinta sama cinta itulah hakikat sebenarnya kaum wanita
Melayu masa kini.
No comments:
Post a Comment