OLEH: ISMAILY BUNGSU
www//sabahinsider14.blogspot.com
Sunday July 24/2016
BILA kita jadi pemimpin dan
selalu ikut kata bini atau kalah oleh bini maka kepimpinan yang asalnya baik
menjadi rosak.
Biasanya bila kita di atas, kita selalu lupa diri dan
menganggap kita itu maha berkuasa dan kesan kuasa yang ada maka selalu saja
kita sesuka hatinya melakukan apa saja semahu-mahunya kita, apa lagi bila yang
kita lantik selalu ikut telunjuk kita menjadi barua kesan dapat sesuatu.
Makanya bila berada di atas
jangan sekali lupa daratan dan ingatlah selalu Allah dan kala Allah dilupakan
pasti akhirnya nanti yang kita lakukan bakal ditanya oleh Allah di akhirat.
Di akhirat pasti tapi di dunia kekadang kita menerima
hukuman/ada saja balasannya dan itu digelar hukum karma.
Kehidupan Anwar berpuluh tahun cukup terseksa, ditendang,
aibkan, dipukul matanya hingga lebam dan sekarang di rumah sakit kesan sakit
dan derita itu cukup sama kita rasakan dan memang perbuatan itu cukup pahit
kesan doa-doa orang yang teraniya selalu makbul dan kesannya akibat salah
tingkah pemimpin rakyat hidup penuh derita.
Najib meski bagaimana hebatnya kaki-kaki ampu macai
mempertahankan kedudukannya jika memang salah maka segalanya akan terbongar
juga nanti dan rakyat akan tahu semua perkara yang disembunyikan selama ini.
Saya yakin sangat majlis Raja-Raja akan bersidang dalam
waktu terdekat untuk membincangkan perkara ini dan tidak boleh tidak Najib
terpaksa mengosongkan kerusinya sebagai perdana menteri Malaysia.
Dalam waktu terdekat juga Najib akan dipanggil oleh
FBI-Federal Bureau of Investigation dan aset yang bakal disita akan dibicarakan
di Amerika dan di situ kita akan tahu kedudukan yang sebenarnya malah bukan
saja dikait hal RM2.6 bilion, malah terkait semua dana dalam akaun 1MDB akan
disiasat.
Segala bukti bukan saja di Amerika, malah juga yang di
Hong Kong dan Negara-negara lain melalui alliance assets international limited,
cityfiled enterprises limited, bartingle international limited dan wonder quest
investments limited cukup jelas.
Kita lihatlah nanti dan segalanya akan terbukti dan
selepas itu kita mahu tahu apalah nanti yang bakal diperkatakan oleh menteri2
dalam kabinet yang asyik mengampu bodek dan terus mempertahankan seolah rakyat
bangang dan bodoh termasuk penulis-penulis yang pro UMNO dan kroni segala macam
yang selama ini membototi Najib.
Apakah penulis pembangkang benar-benar kaki penipu dan
suka menulis kosong meroyan atau apakah mereka yang selama ini memang menulis
atau sebaliknya kesan mendapat upah yang lumayan dan ingat sesunggunya wang
yang didapatkan itu tidak berkat kesan usaha membodohkan rakyat.
Saya menulis tanpa mendapat sesenpun dari sesiapa tetapi
kesan keikhlasan kerana Allah semata dan perjungan DS Shafie juga sama kerana Allah
demi rakyat Malaysia.
NOTA : Baru sebentar saya menerima maklumat dan jika
benar maka dunia akan terkejut dan kita sebagai Malaysian rasa malu kalau-kalau
Malaysia ini dikatakan sebagai MALINGSIA
No comments:
Post a Comment