GAM KASUT- DAN DAUN KETUM JIKA DISALAH GUNA AKAN MENJADI KESALAHAN DIBAWAH ENAKMEN AKTA RACUN 1952......TEGAS KEMELLIA




OLEH: SHAIMON S JUMADI
www///sabahinsider14.blogspot.com
Saturday July 30/2016

TAWAU:- Ketua Polis Negara (KPN) Tan Seri Khalid Abu Bakar telahpun memberi signal (Isyarat) lampu hijau kepada masyarakat yang ingin menaman pokok ketum secara komersial tidak menjadi satu kesalahan jika tidak disalah gunakan.

Memang  menjadi satu kesalahan dibawah   Enakmen Akta Racun 1952 jika daun ketum diproses dijadikan arak kerana boleh menghayalkan dan memabukan   disamping  orang boleh jadi ketagihan minum arak daun ketum.

Dalam pada itu  tiada bezanya gam kasut, gam untuk pelbagai kegunaan  untuk melekatkan satu-satu benda termasuk kasut orang yang menjual gam tersebut tidak juga menjadi  satu kesalahan.


Tetapi bila orang ramai yang menyalah gunakan gam kasut itu untuk dihidu hingga hayal dan jadi ketagihan ini jelas ia telah menyalahi undang-undang di bawah enakmen Akta Racun 1952  tetapi pihak kerajaan tidak menyalahkan orang yang menjual gam.

Ini semuanya terpulang kepada individu itu sendiri yang suka menyalahgunakan  daun ketum diproses dijadikan bahan minuman arak  sementara gam kasut pula  untuk dihidu hingga membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

Dato  Seri Paduka Kemellia Hassan seorang Aktivis Sosial Masyarakat berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) mengenai penanaman  pokok ketum itu yang tersiar di Bernama.


Katanya lagi di kawasan belukar persempadanan ladang sawit Sepa Gaya di Kampung Paris  Kinabatangan dan kawasan belukar ladang-ladang sawit di Bukit Garam banyak terdapat pokok ketum tumbuh liar.

“Sebenarnya pokok ketum tak payah ditanam memang  dia tumbuh dengen sendirinya diatas tanah-tanah paya tumbuh subur menghijau” katanya.

Kebagusannya rakyat Sabah walaupun ada antara mereka tahu daun ketum boleh dijadikan bahan minuman arak tetapi  belum  pernah rakyat Sabah yang menyalah gunakan daun ketum dijadikahn arak.

Lain denan orang Semenanjung  memang ramai yang  sudah ketagihan minum arak hasil dari daun ketum  sementara  orang Sabah sebilangannya  hanya ketagihan mimun arak yang disebut Mantaku dan kilang yang memproses  Mantaku  mempunyai lesen yang sah  dari kerajaan.

“Ada juga orang  minum daun ketum hanya buat ubat untuk melarutkan kandungan gula dalam badan pada orang-orang yang berpenyakit kronik seperti kencing manis darah tinggi tetapi tidak mabuk sebab mereka gunakan dua tiga hekai daun sahaja, Tambah Kemellia lagi.

Kata Kemellia lagi  orang yang minum daun ketum boleh jadi  hayal atau mabuk sebab  apabila mereka merebus dicampor dengan lingkaran ubat nyamuk dan racun rumpai inilah punca dan sebab musababnya.









No comments:

Post a Comment