TAK TAHU APA LAGI NAK CAKAP…. PARA PEMIMPIN UMNO GEMAR CACI CINA BABI INDIA PERAMPOK



 Evangeline Soraya Kigis
www:sabahinsider14.blogspot.com
Thursday July 21/2016


1.UMNO sudah berusia menurut hukum alam setiap yang lama akan pupus sekuat mana pun parti parti memerintah di dunia ini telah berakhir dengan kalah secara demokrasi atau melalui tunjuk perasaan.

2.Setahu saya hanya satu satunya parti bertahan PAP di Singapura kerana mentadbir negara dengan baik dan ekonominya mantap dapat dinikmati oleh rakyatnya yang berbilang kaum.Jarang sekali kita mendengar rasuah dan pemimpinnya menggunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri.

3.Di Malaysia perkara perkara rasuah dan penyalah gunaan kuasa bukan lagi menjadi masalah moral malahan diterima oleh segelintir rakyatnya dengan kata lain Rasuah telah menjadi Halal dan salah guna kuasa adalah kelebihan kepada pemimpinnya.

4.Betapa teruknya sebagai negara majoriti beragama Islam menghalalkan perkara perkara yang tidak diredhai oleh Allah.

5.Di mana letaknya para dai'e dan ulama tidak tampil ke depan untuk membetulkan keadaan ini atau memberi panduan kepada orang ramai untuk menjauhkan diri dari pemimpin yang rasuah dan merasuah.

6.Kebanyakan pemimpin negara ini seolah olah mendapat permit untuk mencuri hak dan harta rakyat konon untuk pembangunan parti mempertahankan kuasa supaya kekal berkuasa.

7.Moral pemimpin kita setipis benang menghalalkan apa yang tidak sepatutnya asal terus berkuasa dan terus dengan mengunakan cara yang tidak diredhai Allah.
8.Semoga pemimpin kita diberi hidayah dan kesedaran supaya rakyat dan negara ini diberkati...

9. Peranan  utama para pemimpin UMNO suka caci bangsa  dan agama orang Cina maki hamun bangsa India hingga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Selangor Jamal Yunos  hina Cina babi orang India jadi perampok



No comments:

Post a Comment