RAMAI PEMIMPIN SABAH YANG BANYAK PENABUR JASA BAKTI UNTUK SABAH DILUPAKAN BEGITU SAJA



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Monday July 18/2016

DALAM politik UMNO ini biasalah yang bermatian usahakan UMNO di Sabah selalu tersisih, jauh nak ingat jasa-jasa  USNO dulu malah nama Tun Mustapha dua kali acara merdeka di padang merdeka tidak disebut namanya sebagai pejuang kemerdekaan.

Samalah ketika DS Lajim dan Rubin Balang sertai BN dan siapa saja yang meraih untung duduki kerusi ketua menteri bermula Sakaran, Salleh, Yong Teck Lee, Chong Kah Kiat dan banyak lagi dan kekalnya MUSA AMAN. Hebat!

Berapa banyak yang duduki kerusi Menteri di kabinet negeri dan kabinet persekutuan gara-gara tindakan DS Lajim Ukin dan Rubin balang, lalu ada orang kenang jasa keduanya? Ada yang dapat projek juta kenang jasa mereka ini?

Malah mereka secara perlahan semacam dijauhkan dan dihantar ke Malaya kesan khuatiri duduki kerusi Ketua Menteri dan akhirnya kesan seolah dipinggir lalu meletakkan jawatan/Inilah cara UMNO mahu buang sesiapa saja yang berjasa.

Saya ulang tanya, ada bangsa Melayu dan lain-lain yang dikayakan DS Lajim mengenang jasa DSPL itu? Semua menjauh malah ada yang mengata kutuk di belakang macam-macam sedang dulu jumpa salam dan cium tangan puji setengah mati. Inilah manusia namanya!

Saudara Yusof Said memang yang banyak jasa bermulanya UMNO di Beaufot dan Kimanis dan kalau tak silap ia pernah menduduki ketua bahagian UMNO Beaufort dan dia juga yang berusaha mahukan Anifah di Kimanis setelah kalah tanding kerusi ketua bahagian Beaufort.

Sekarang dan sejak lama Saudara Yusoff Mohd Said dilupakan dan disisihkan dan demikian juga Hj Mastan Hj Hassan yang merupakan pengasas UMNO di Kota Belud.

Ketika UMNO diasas di Kota Belud, nama-nama pandikar dan Salleh jauh Rahman Dahlan tidak ada dalam kamus UMNO awalnya di Kota Belud dan ketika itu Haji Mastanlah yang berusaha hidupkan dan setelah UMNO maha berkuasa, apa jadinya?

Inilah kata orang KACANG LUPAKAN KULIT dan kulit tetap ingat isi kacang itu dan inilah sebenarnya budaya UMNO.

Nak ingat pejuang UMNO di Bahagian itu jauh sekali atau negeri atau orang-orang USNO, malah bapa kemerdekaan Sabah Tun Mustapha juga tidak pernah mereka sebut lewat ucapan kemerdekaan di Padang merdeka.

Tidak hairan UMNO ini akan ketulahan/kualat.

No comments:

Post a Comment