ASP CHEAH BERI TAKLIMAT PROGRAM WANITA ANTI JENAYAH (WAJA) ANJURAN MPWK P186 SANDAKAN

SOROTAN DARI MEJA  FST NEWS
SAIMON S JUMADI &
SALEENA TITI
 








PEGAWAI AMANITA berperanan sebagai perantara untuk mendapatkan sebarang maklumat khususnya  yang berunsur jenayah  daripada golongan suri rumah tangga.

Maklumat-maklumat yang diterima itu kemudiannya akan disalurkan  kepada pihak Jabatan dan Unit berkenaan dan kemudiannya  akan diambil tindakan ke atas aduan yang diterima.




ASP Cheah  Sek Ee berkata demikian pada sesi ceramahnya diprogram Wanita Anti Jenayah (WAJA) anjuran Majlis Pembangnan Wanita dan Keluarga (MPWK)  P186 Sandakan yang dilansungkan di ruang legar Masjid Janutun Naim Sri Taman dekat sini kelmarin.

“Peace Lady”  (AMANITA) akan melengkapkan golongan suri rumah tangga dengan panduan-panduan keselamatan diri (Personal Safety) menerusi aktiviti-aktiviti yang kreatif dan seterusnya menggalakkan suri rumah tangga untuk memberi maklumat berkaitan jenayah  di kawasan kediaman mereka” ujarnya.

Tambahnya ini adalah untuk menjadikan kawasan perumahan mereka sebagai tempat  yang selamat ( Safe Neighbourhood) dan tindakan ini selaras dengan tujuan dalam objektif NKRA iaitu mengurangkan kadar jenayah.

Pada kesimpulannya inisiatif “Engage Housewives  In Neighbourhood Safety” akan menghasilkan  seorang suri rumah tangga yang berkemampuan untuk:

1.  Menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda
2.  Mengenali dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan serta kejadian jenayah yang berlaku
3.  Menjaga keselamatan harta jiran sekitar kediaman
4.  Bekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti  kegiatan jenayah yang sering berlaku di kawasan mereka

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai  jenayah yang berlaku di sekitar kawasan anda, bolehlah disalurkan terus  kepada “Peace Lady (AMANITA) yang berdekatan dengan menghubungi Peace Lady ASP Cheah Sek Ee Ibu Pejabat Polis H/P 016-2716078 Tel: 089 242222 Email: amanitasandakan@yahoo.com.my

Sementara seorang peserta daripada parti kompenan BN iaitu Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan Tanjung Papat Saleena Titi menyatakan program WAJA yang diadakan pada hari ini amat bergunan kepada golongan wanita kerana telah ditunjuk ajar bagaimana cara-cara mempertahankan diri bila berdepan dengan penjenayah.



“Kita tahu golong wanita ini adalah dianggap lemah  dan sering berdepan dengan kes-kes rogol, kes pencabulan dan kes ragut  jika kita tidak tahu  macam mana mahu mengelakan atau mempertahakan diri  pada saya setelah mengikuti progam WAJA ini sebanyak sedikit kita  dapat menimba ilmu  dari hasil yang tunjuk ajar oleh pihak jurulatih PDRM” ujarnya.

No comments:

Post a Comment