Faiz Zainudin (FMT)
February July 19, 2016
IKHLAS mendakwa pekerja
Bangladesh memperoleh banyak keistimewaan berbanding rakyat tempatan sehingga
enggan pulang ke negara asal.
KUALA LUMPUR: Pekerja Bangladesh mengaku diberi kad pengenalan (IC)
dan suka berkahwin dengan wanita Melayu tempatan untuk mendapat pelbagai
kemudahan yang disediakan kerajaan.
Mereka membuat pengakuan
itu selepas ditanya sekumpulan ahli Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan
Sederhana (IKHLAS) di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di sini,
hari ini.
Sambil memegang Jalur
Gemilang yang diberikan, pekerja Bangladesh terbabit mengaku memperoleh banyak
keistimewaan sehingga enggan pulang ke negara asal.
“Ramai dapat IC betul
tak?,” tanya Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah.
“Betul,” jawab sekumpulan
pekerja Bangladesh.
Soalan: Dapat kahwin dengan orang Melayu betul tak?
Jawapan: Betul
Soalan: Kahwin dengan orang Melayu dapat IC betul tak?
Jawapan: Betul
Soalan: Kahwin dengan orang Melayu sebab nak berniaga betul
tak?
Jawapan: Betul
Sementara itu, Mohd Ridzuan
dalam sidang medianya berkata, pengakuan sendiri warga Bangladesh itu
membuktikan mereka mendapat keistimewaan mengalahkan rakyat tempatan.
“Warga Bangladesh sendiri
sebut tadi mereka suka di sini. Apa yang saya sebut tadi mereka semua dapat.
Saya rasa apa yang mereka dapat rakyat tempatan tak dapat,” katanya.
Mengulas lanjut, Ridzuan
berkata kebanyakkan pekerja asing yang sudah bekerja di negara ini tidak
bersetuju dengan kemasukan 1.5 juta warga itu yang baru sahaja ditandatangani
antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia.
POSTED
BY FREE MALAYSIA TODAY (FMT)
No comments:
Post a Comment