OLEH: ISMAILY BUNGSU
www///:sabahinsider14.blogspot.com
Wednesday July 27/2016
PERJUMPAAN di Kota Belud 24hb lalu sempena Raya dijangka
500 orang sahaja yang hadir sebalik yang hadir sekitar 7,000 orang dan itu di
luar jangka.
Sementara
di Kampung Brunei Membakut (kampung halaman saya)bakal diadakan pada 31hb
julai, 2016 ini sekitar jam 2:00 petang di halaman rumah anak buah saya yang
namanya sdra Yusoff Said.
Semasa di Kota Belud, DS Shafie membicarakan banyak isu
dan itu telah saya huraikan sebelum ini, lalu apa saja isu yang bakal ia
suarakan di kg Brunei nanti?
DS Shafie (DSSA) ketika saya hubungi petang ini di Kuala
Lumpur telah ia jelaskan ISU di Kg Brunei berbeza dengan ISU di Kota Belud dan
yang di sekitar dipersilakan datang untuk ketemu dan mendengarkan apa yang
bakal ia perkatakan nanti.
Seperti di Kota Belud pada waktu dan hari sama pihak lain
sama mengadakan acara di lokasi yang berdekatan untuk menggagalkan program DSSA
di Kg Rampayan laut tetapi itu tidak menghalang orang ramai datang berbondong
untuk ketemu dan mendengar ucapan DSSA sendiri pada hari itu dan ternyata
ucapannya cukup menarik.
Di Kg. Brunei petang 31 Julai, 2016 ini juga diperkatakan
pihak lain mengadakan acara di Binsulok dan itu sama macam di Kota Belud yang
tujuannya sama tetapi orang ramai tetap datang, malah difahamkan di acara
mereka nasi yang disediakan berlebihan dan itu kesani membazir/dibuang.
" Nampaknya besi buruk lagi berharga dan ramai yang
meminatnya" kata Ag Kamis Ag Ahmad dan kenyataan itu disokong oleh saudara
Abdul Momin dari Beaufort dan Membakut.
Saudara Yusoff Said selaku penganjur mengharapkan sangat
orang ramai datang beramah mesra di hari raya sambil mendengar ucapan DS Shafie
Apdal.
Jangan lupa dan kita ketemu di sana dan doa Allah rahmati
hidup kita semua dan dimudahkan laluan ke sana nanti.
No comments:
Post a Comment