KEMBALI KE KAMPUNG
( tumpu sabahan itu lagi diutamakan DSSA)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
www///sabahinsider14.blogspot.com
Khamis
Julai 28/2016
DATUK Seri Shafie Apdal (DSSA) tidak lagi menduduki sebarang jawatan
menteri di persekutuan kesan dipecat, bukan saja itu malah kedudukannya sebagai
naib presiden UMNO Malaysia/ketiga dalam parti termasuk keahlian juga digantung
dan akhirnya memilih meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO yang diperjuangkannya
penuh setia sejak awal 90an.
DSSA menduduki beberapa kerusi menteri di pusat dan banyak
membantu negeri-negeri di seluruh
Malaysia berdasarkan peruntukan yang disediakan untuk kementerian yang ia
kepalai.
Meski bantuan tidak dapat memuaskan
hati rakyat Malaysia, maka itu sajalah yang termampu dia lakukan berkat izin
Allah dan sekarang DSSA hanyalah wakil rakyat Parlimen Semporna.
DSSA yang cukup setia dalam parti
sekadar bertanya hal 1MDB dan menyarankan dana 1MDB disiasat dan buat laporan serta
ambil tindakan ikut undang-undang jika ternyata ada salahguna kuasa, tetapi
kesan teguran itu yang berkenaan memecat jawatan menteri dan menggantung
keahliannya.
" Sekarang kebenaran hal 1MDB
terbongkar bila Peguam Negara Amerika mengambil tindakan undang dan itu
terserahlah rakyat memikirkan kebenaran yang saya katakan selama ini "
Kata DSSA.
" Saya dipecat dan gantung itu
makna kaki dan tangan saya diikat, mulut saya disumbat dan itu menyebabkan saya
terpaksa memilih untuk meninggalkan parti " katanya lagi DSSA lagi dan apa
yang terjadi tidak pernah dikesali sebab itu hal seorang perdana menteri.
Mantan Timbalan perdana Menteri/TS Muhyiddin
menjelaskan berbilion-bilion dana 1MDB dikeluarkan dari tabung 1MDB tanpa rekod
dan dana berkenaan mengalir ke luar negara da pengeluaran itu jelas
bertentangan dengan sistem kewangan.
" Setiap pengeluran kewangan 1MDB
mesti kelulusan perdana menteri, Menteri kewangan dan pengerusi lembaga 1MDB
dan ketiga jawatan itu Najib Razak sendiri peggang. Kalau jawaban tidak tahu
maka itu jelas pembohongan " Tambah mantan Timbalan perdana Menteri itu.
DSSA ketika berucap di Kota Belud
menjelaskan yang dia berusaha menubuhkan parti baru dan penubuhannya haruslah
dirancang secara terperinci tidak gopoh " kata DSSA dan usaha itu
diharapkan terlaksana setelah ia selesai jelajah seluruh Sabah nanti.
" Saya akan teruskan perjuangan
ini demi membela nasib anak bangsa Sabah”
katanya.
No comments:
Post a Comment