IMPIAN DI AMBANG PINTU…..ISMAILY BUNGSU



OLEH: ISMALY BUNGSU
www///sabahinsider14.blogspot.com
Wednesday July 27/2016

DALAM hidup ini bila kita dapat menyatukan sesuatu sebelum mati maka itu merupakan satu usaha yang terbaik sebab yang kita mahu ialah rakyat tidak berpecah dan pemimpin bersatu melawan kemungkaran dan kejahatan.

Usaha untuk menyatukan memang memerlukan suatu STRATEGI terbaik meski kekadang cara kita menjadi umpatan dan hinaan hingga dikatakan sebagai SELUANG dan UMANG yang mahu mendapatkan keuntungan dari dua pihak dan itulah gelaran yang saya terima disamping konon menjaja besi buruk.

Saya memang ahli PKR dan hati saya hanya dalam PKR dan itulah parti yang pertama saya sertai sejak mendekat 15 tahun dan selama itu saya pernah duduki kerusi Ketua Penerangan PKR Sabah dan kemudian terakhir Pengarah Komunikasi PKR Sabah tetapi sejak 5 bulan lalu saya tidak lagi memeggang apa-apa jawatan kesan mahu menumpu sepenuhnya dalam bidang penulisan dan tumpu menjaga grup-grup facebook PKR yang sejumlah 120 grup dan ahli mendekat dua juta orang.

Lima bulan lalu saya berfikir bagaimana caranya mahu menyatu dan bagaimana caranya BN bisa tersungkur dan inilah yang menjadikan saya terus berusaha dan berusaha.

Barangkali Allah itu mahukan saya menunaikan apa yang saya doa dan minta dan akhirnya DS Shafie menelefon saya tanpa diduga meski sudah 30 tahun tidak berhubung dan kami berbicara sekitar dua jam dan di situ banyak isu kami bincang dan ia mahu saya membantunya dalam bidang menyebaran hal-hal yang perlu diangkat.

Nah, orang tidur disorongkan bantal maka saya siap melakukan kerja itu dan jelas inilah yang saya lakukan, lalu saya dan DSSA banyak berbincang bagaimana caranya menambat hati rakyat dan sesudah DSSA umum keluar parti maka bermulalah STRATEGI yang kami maksudkan itu.

Sesudah di Semporna dan di Sandakan maka menyusullah pertemuan di Kota Belud dan saya kira acara di Kota Belud mula dijadikan tangga untuk mencapai matlamat menyatukan politikus yang bisa mencorakkan politik Sabah.

Lewat tulisan-tulisan saya sebelum ini saya jelaskan tiada cara lain untuk menumbangkan BN ialah dengan cara bersatu dan dengar cara bersatu maka BN akan gusar dan itu sebab BN usaha lulus tubukan pelbagai parti dengan cara pecah dan perintah.

Nah, parti-parti inilah bakal jadi kuda tunggangan BN nanti untuk melaksanakan visi mereka menghancurkan pembangkang sama seperti BN hancurkan KDM dengan cara lulus penubuhan PBS, PBRS dan UPKO.

Apa yang terjadi di Kota Belud sebenarnya cukup mengharukan dan saya melihat DSPL sudah duduk di kerusi depan dan di situ saya lihat Datuk Kalakau Untol dan juga Datuk MohdNor Mansur dan saya meluru dan menjabat tangan mereka sambil rasa bersyukur sama Allah dan jelas apa yang saya inginkan sudah bermula di Kota Belud.

Bila saya berdiri di sudut kiri dan DSSA datang menjabat tangan DSPL dan yang lain. sekali lagi terharu dan dalam diam menitis air mata tanpa saya sedari dan saya diam sambil terus mendengar ucapan-ucapan kelmarin secara tenang dan santai meski rasa sebak itu terus ada.

Ya, Allah Syukur Alhamdulillah. 
Syukur alhamdulillah
Syukur alhamdulillah
Syukur alhamdulillah

Tiada yang saya inginkan dan tiada yang saya mahukan, bukan jawatan dan jauh untuk jadi calon dan bukan juga nama serta bukan wang ringgit kala saya memang sudah punya segalanya dan yang saya mahu penyatuan para pemimpin untuk bersama tumbangkan BN di PRU14 akan datang ini dan jika ini terlaksana maka mati saya nanti pasti aman dan bahagia.
Alhamdulillah


No comments:

Post a Comment