Oleh: Evangeline Soraya Kigis (Sunday July
17/2016)
www: sabahinsider14.blogspot.com
1.SUNGGUHPUN pun ikatan lemah tetapi setidak tidaknya
parti parti SAPP(CINA) S.T.A.R SABAH(KDMR)&Bumburing(PCS) telah menunjukan
minat bersatu dalam satu gabungan USA~ United Sabah Alliance untuk menghadapi
BN dalam PRU 14.
Difahamkan juga USA mempunyai program
jangka panjang jika ditakdirkan membentuk kerajaan Sabah kelak telah mengenal
pasti pemimpin pelapis seterusnya yang benar benar sebati dan tidak mudah
menggadai maruah Sabah.
Ini bermakna ikatan USA mempunyai visi dan misi bukan sekadar hadapai PRU14 malahan telah melihat lebih jauh dari sekarang.
Ini bermakna ikatan USA mempunyai visi dan misi bukan sekadar hadapai PRU14 malahan telah melihat lebih jauh dari sekarang.
2.Ketiga tiga parti tempatan ini berkonsepkan SABAH FOR
SABAHAN(S4S) yang disesuaikan dengan sentimen majoriti rakyat Sabah.
3.Namunpun begitu,gabungan USA dilihat
belum sempurna walaupun pengerusinya Datuk Matnor Mansor mantan menteri
kewangan Sabah dari bumiputra Islam.Satu harapan Shafie Apdal dapat bergabung
dengan USA sebagai mengwakili Parti Bumiputra Islam.
4.Masih puluhan lagi parti parti tempatan
yang berdaftar dan layak bertanding semasa PRU14 ini masih lagi di luar
gabungan USA dan belum jelas pendiriannya menyokong BN atau bersama parti
pembangkang.
5.Kalau tiada usaha untuk menggabungkan dan
kerjasama dibawa satu payung parti parti nyamuk ini semakin margin atau peluang
parti pembangkang tipis.
6.Parti Parti kecil ini tentu ada yang
menjadi kuda tunggangan BN untuk memecahkan undi.Ini pasti berlaku terutama
presiden parti yang rendah moralnya hanya mengaut keuntungan segera kerana mengharap
suapan dari BN.
7.Sesungguhnya untuk menghadapi masalah ini
adalah amat komplek dan rumit tiada satu formula untuk menyatukan semua parti
politik ini kecuali diberi peluang sama rata maksudnya jika BN berjaya
ditumbangkan mereka pun diberi peranan dalam kerajaan baru yang bakal
ditubuhkan.
8.Parti pembangkang Sabah perlu meniup
semangat S4S secara efektif dan berterusan dan mengenal pasti sentimen dari ke
suku ke suku. Parti pemerintah pun di Malaya memainkan isu Bangsa.
9.Manifesto gabungan pembangkang perlu
diterbitkan lebih awal kandungannya bukan retorik tetapi praktikal dan
menaikkan semangat dan moral rakyat Sabah.
10. Dalam pada itu orang-orang yang paling
layak dan sesuai memimpin Sabah atau disebut Sabah for Sabahan adalah terdiri
DS Shafie Apdal Datuk Bumburing Datuk Lajim Ukin Datuk Yong Teck Lee dan Wong
Tien Fatt gabungan dalam barisan gagasan angkatan PAKATAN HARAPAN
No comments:
Post a Comment