SEMUA PARTI SAMA SAJA VISINYA


( termasuk UMNO/bezanya cuma pemimpinnya  banyak yang jahil dan songsang/korap)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday July 29/1016
www///sabahinsider14.blogspot.com

SEPERTI yang saya katakan sebelumnya bahawa semua parti yang didaftar di ROS itu sama visinya untuk kebaikan rakyat dan tidak ada penubuhannya untuk hancurkan negara.

Di atas kertas memang semuanya baik dan cantik tetapi bila yang pimpin melaksanakan, di situ kita tahu apa sebenarnya dan di situ juga bakal ada tidak senang dan usaha menentang.

Kalau kita perhatikan pemimpin-pemimpin  UMNO dulu awal ditubuh memang kita lihat banyak kebaikannya tetapi sesudah mereka sekian lama berkuasa dan budaya tidak jujur mula meresapi di kalangan kepimpinan atasan dan ramai rakyat tidak melihat itu.

Yang kita lihat sekarang masuk parti bukan untuk perjuangkan negara bangsa atau mengangkat negara menjadi maju seperti negara korea yang dulu tertinggal sekarang jauh di atas, sebalik mereka kalangan pemimpin UMNO berlomba2 mendapatkan projek hingga hidup bermewah-mewah sedang rakyat yang dahagakan pembangunan ternanti2 hidup menderita.

Pemimpin atasan pula siap berbelanja dan anak bini dalam akaun punya berjuta-juta bisa hasilkan filem berjuta, punya kondo mewah di London dan Amerika serta siap sewa kapal mewah belanja juta-juta dan siap membayar untuk acara berjudi.

Di mana saja mereka dapatkan dana yang berbilion ini?

Kesan kita tak tahu ke mana perginya dana berbilion dan rakyat pula tidak boleh bertanya kesan akta OSA dan kemudian ahli UMNO yang bertanya dikata pengkhianat dan siap dipecat.

Nah, yang tadinya wakil rakyat yang menerima amanah dari rakyat tidak boleh pula bertanya dan itu dianggap khianat dan sepatut pemimpin kena siasat dan ambil tindakan yang sesuai jika benar bersalah berlaku adanya ketirisan atau penipuan.

Berani kerana benar dan takut kerana salah tetapi yang kita perhatikan jelas mereka yang bersuara diambil tindakan gantung dan pecat. Jelas wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat tidak dapat melaksanakan peranannya sebagai wakil rakyat dan itu bakal gagal dan wakil rakyatlah yang bakal disalahkan.

Sebenarnya rakyat kalangan ahli UMNO memang tidak senang dengan cara kepimpinan yang ada sekarang tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa dan jika bertindak pasti mereka yang punya pekerjaan akan digantung pecat dan sistem yang sekarang ini jelas rakyat tidak boleh bersuara dan mendiamkan diri melihat kemungkaran dan ini bukan caranya yang terbaik untuk membawa negara menjadi hebat dan gemilang.

Membiarkan perbuatan yang mungkar dan tidak berbuat apa-spa makna itu bersubahat dan rakyat bakal susah dan tidak hairan negara bangsa kita menjadi rosak binasa kesan kepimpinan yang dimaksudkan.

Kesan sabda nabi "katakan yang benar meski pahit" maka kerana itulah DS Shafie Apdal yang dipecat dari kerusi Menteri dan digantung Naib presiden UMNO serta keahliannya, lalu jalan terbaik dia meletakkan jawatan untuk tidak menyusahkan UMNO mengurus parti.

" Saya sayang parti UMNO tetapi saya lebih sayang rakyat Malaysia terutamanya Sabahan" Kata DSSA ketika kami berbincang banyak hal lewat telefon hari ini.

Jangan lupa 30 Julai, 2016 jam 2:00pm di Kg. Paal/batu 10 Kemabong Tenom. Kita semua jumpa di dana dan 31hb, 2016 jam 2:00pm kita ketemu di kampung halaman saya di kampung Brunei Membakut Sabah.


No comments:

Post a Comment