WONG.... MP SANDAKAN BANTU SELESAIKAN MASALAH BANGUNAN SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) MANA JHEAINS?



Wong seorang pemimpin yang berjiwa rakyat saling memberi bantuan  kebajikan kepada masyarakat Islam setempat

RENCANA KHAS KARYA
SHAIMON S JUMADI-
www///:sabahinsider14.blogspot.com
Wednesday July 27/2016


PADA hakikatnya sesiapa saja orang yang membuat kebajikan  ia disebut sebagai Amal Jariah tidak kira seseorang itu beragama Islam atau sebaliknya yang  terbabit akan dapat ganjaran pahala.


BASIHT NC HJ OSMAN. Ahli   DAP Tg Papat orang yang main peranan  penting dalam menjaga kebajikan masyarakat Islam setempat.


Bangunan Sekolah Agama Negeri (SAM) yang terletak di Jalan Pantai Chee Wah  batu 1/ ½  Jalan Utara hampir usang tetapi tiada sesiapa yang ambil tehu/kisah  tentang keadaan bangunan itu walaupun di kawasan Elopura mempunyai ADUN dan mempunyai pemimpin Islam tetapi mereka langsung tidak menghiraukan keadaan sebenar.

Saban hari guru-guru pihak AJK PIBGI SAN dan para ibu pejabat merasa bimbang akan keselamatan anak-anak mereka yang sedang duduk di klas SAN itu.


GAMBAR KELIHATAN SAIMON S JUMADI (SSJ)  SETIAUSAHA AKHBAR BAHASA MELAYU  Kepada Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Sedang  mengadakan wawancara  dengan Wong dipejabatnya.

Mujur ada seorang hambah Allah bernama Basith NC Hj Osman  yang prihatiN  terhadap keadaan bangunan SAN itu kemudian membawa Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt bersama   pegawai Pejabat Parlimen  berkenaan melawat  ke bangunan itu  untuk meninjau keadaan sebenar keatas bangunan Sekolah Agama yang dimaksudkan itu.

Atas rayuan dan perbincangan  kedua belah pihak antara pihak PIBG SAN dan MP Sandakan  kerana tiada tempat  untuk mengadu  segala masalah yang telah dihadapi oleh pihak  sekolah tersebut  atas persetujuan  kedua belah pihak itu akhirnya MP Sandakan mengadakan kerja-kerja wiring semula dan membekalkan  beberapa buah kipas  angin untuk keperluan sekolah berkenaan.

Sempena bulan Ramadan yang lau MP Sandakan (Wong) bersama rombongannya datang semula ke sekolah  agama itu sambil memastikan kerja-kerja wiring semula dan pemasangan kipas angin siapa sepenuhnya disamping itu Wong telah mengagih-gihkan buah kurma kepada murid-murid dan guru-guru kelas berkenaan.

 Pada hari Ahad lalu pihak DAP Sandakan yang diketuai oleh Wong mereka telah mengadakan gotong royong bersama-sama ahli-ahli DAP yang  lain untuk membaik pulih  bangunan sekolah berkenaan sambil menghadiri rumah terbuka raya anjuran  sekolah agama itu  bersama-sama masyarakat Islam yang terdiri daripada guru-guru AJK PIBG SAN dan juga para ibubapa.

Dimana MP Sandakan Wong sebagai tetamu kehormat  pada majlis rumah terbuka raya itu.

Bila seseorang  itu buat untuk kebaikan sesuatu yang  bermanfaat  kepada rakyat tidak kira mereka itu bukan pemimpin  beragama Islam atau terdiri dari pemimpin pembangkang harus  bersyukur kerana ada insan yang masih prihatin dan mengambil perhatian mengenai bangunan Sekolah Agama Negeri (SAN)  seharusnya diucpakan terima kasih atas keikhlasan pihak tertentu yang mambantu selesaikan  masalah itu bukan pelbagai tohonan negative yang dilemparkan.

Para guru pihak AJK PIBG SAN dan para ibubapa mereka  bersyukur amat bersyukur kerana ada wakil rakyat walaupun dari parti DAP  tetapi begitu prihatin terhadap sesama insan yang memerlukan pertolongan.  

Dan sebagai ikhtibar di mana Jabahan Hal Ehwal Islam  Negeri Sabah (JHEAINS) dan lain-lain pmimpin Islam khususnya di kawasan Elopura tolong berikan pencerahan yang telus mengenai kedudukan  Sekolah  Agama Negeri (SAN) yang terabai itu selama ini tiada sesiapa yang ingin ambil tahu.








No comments:

Post a Comment