OLEH: JOSEPH P ANDAI
(Kota Belud)
Tuesday July 19/2016
KEANGKUHAN dan kesombongan Presiden UMNO Dato Najib dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi
(AMT) UMNO yang telah mengganggu Kedah Sabah dan Johor kita lihat apa akan jadi
dan kesudahahnya UMNO di tiga negeri
itu.
Ini
jelas bilamana DS Shafie Apdal Keluar dari UMNO justeru itu kita nampak sendiri
pergolakan UMNO di Sabah kini sudah menjadi kucar-kacir ekoran ahli-ahli UMNO
yang lainnya tidak setuju terhadap tindakan Najib dan Majlis Tertinggi UMNO
menggantung keahlian DS Shafie.
Di
Sabah UMNO mempunyai 25 Bahagian bermakna
mempunyai Ketua Bahagian seramai 25
orang dari jumlah 25 bahagian itu 2/3
iaitu bersamaan 13 Ketua Bahagian UMNO yang lain akan keluar tidak lama
lagi untuk meninggalkan UMNO buat selama-lamanya. (SANYONARA)
Pemimpin
tertinggi UMNO Sabah hanya dua orang saja yang berlagak bertemberang-angkuh dan
egoh mereka adalah Salleh Kepala Keruak dan Abd Rahman Dahalan cakap besar mendabik dada kononnya 13
Ketua-Ketua yang bakal meninggalkan UMNO itu sedikitpun tidak menjejaskan perjalangan UMNO di Sabah kerana
12 Ketua-Ketua bahagian UMNO masih lagi
taat setia dengan pimpinan Najib dan Musa Aman.
Kita
lihat saja nanti apa akan terjadi dan apa akan kesudahannya UMNO bilamana menjadi kenyataan 13 Bahagian UMNO Sabah
keluar UMNO.
Dalam
satu kenyataan yang tersiar di portal
Free Malaysia Today (FMT) Datuk Bung Mokhtar Raden Ketua UMNO Bahagian
Kinabatangan seolah-olah menyokong Tun Mahathir kerana dia sering mendoakan
kesihatan Tun Mahathir.
Sebagai
orang lama 20 tahun berjuang dalam UMNO dan sekaligus mentadbir Negara tidak
salah kalau Bung Mokhtar mengingati jasa-jasanya yang ditaburkan untuk
memajukan rakyat dan juga kemajuan dan kemakmuran Negara kalau sekadar
bertanyakan khabar dan mendoakan kesihatan Tun Mahathir tidak salah jangan
saja ada orang-orang UMNO yang lainnya
mempertikaikan dan disalah ertikan maksud sebenar Bung Mokthar itu di
putar-belitkan untuk dijadikan bahan isu politik mereka untuk menjatuhkan
seseorang dari UMNO pimpinan Najib dan sekutu-sekutunya.
No comments:
Post a Comment