Oleh: Evangeline
Soraya Kigis
Saturday July
16/2016.
1.S.T.A.R (
SABAH) dilancarkan semalam oleh Presidennya Dr.Jeffrey Kitingan.Dakwaan parti
luar tidak lagi timbul kerana entitinya tiada kaitan dengan parti STAR di
Sarawak.
2.Dr.Jeffrey Kitingan layak diangkat sebagai 'Huguan
Siou' baru bagi KDM kerana perjuangannya konsistan menuntut hak peribumi dan
hak Sabah yang dimanipulasikan oleh Malaya namunpun terkandung dalam MA63 tidak
pernah ditunaikan.
3.Tan
Seri Joseph Pairin Kitingan dilihat perjuangannya tidak lagi relevan dan
konsistan dan telah jauh menyimpang dari perjuangan asal KDMR.
4.Pada mulanya anti persekutuan dengan alasan merugikan
sukunya terpaksa melanggar prinsipnya mengubah arah bersengkokol dengan Malaya
dengan harapan KDMR terangkat martabat dan harapannya.
5.Tetapi disebaliknya,sukunya hanya digunakan untuk
memperkuat kedudukan Musa dan UMNO Sabah,malahan TS.Pairin dijadikan objek
umpamanya pengerusi RCI bakal tak kunjung ada pengakhirannya.
6.Apakah kedudukan KDMR bersama BN telah meningkat,dimana
kolej KDM dan apa kesudahan Dewan Perniagaan KDM dll...
7.Amat difahami terlalu banyak parti parti tempatan
sebelumnya amatlah sukar untuk mendaftar sebuah parti ini adalah satu lagi
teknik pecah dan perintah.Rakyat Sabah perlu fahami ini semua jangan terlampau
ghairah menjadi calon sehinggakan membantut aspirasi pemimpin tulin yang benar
benar berjuang untuk bangsa dan negara.
8.Di kalangan individu yang mendaftar parti tidak ikhlas
hanya dibuat perniagaan ditawarkan untuk dapat habuan seringgit dua.Sepatutnya
ada akta untuk menghalang aktiviti ini kerana merosakan tujuan asal demokrasi.
9.Kerajaan Baru Sabah tidak mustahil terbentuk hasil
gabungan pembangkang yang kuat berpaksikan isu suku masing masing dan jangan
libatkan agama dan lagi isu agama tidak begitu ketara di Sabah berbanding di
Malaya.
10.Jeffrey,Wilfred Bumburing,Shafie Apdal dan Datuk Lajim
Okin dan dari kaum Cina Sabah jika diadun dengan baik adalah satu ramuan yang
berbisa.....
No comments:
Post a Comment