OLEH: ISMAILY BUNGSU
Pengarah Komunikasi Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA)
Pengarah Komunikasi Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA)
Saturday July 16/2016
SEPERTI yang saya perkatakan sebelum ini, DSSA
akan berada di Kota Belud tanggal 24 Julai, jam 2:00 petang dan hari ini DSSA
menjelaskan yang DSSA akan berada di Kampung Brunei Membakut lewat akhir julai
sesudah dari Tenom.
Lokasi di Kampung Brunei Membakut ialah
di perkarangan rumah anak buah saya Yussof Said yang juga merupakan mantan
Timbalan Ketua Bahagian UMNO di sana.
Mereka yang tinggal di Bongawan, Membakut, Mawao termasuk Papar
juga kampung-kampung yang berdekatan dijemput hadir sama mendengar penjelasan
DSSA soal pengantungan beliau sebagai Naib Presiden UMNO dan ahli UMNO
sekaligus.
Acara di Kota Belud dan Membakut adalah
merupakan acara siri jelajah DSSA ke seluruh Sabah sebelum menyatakan tindakan
selanjutnya soal masa depan politik beliau.
" Yang pasti DSSA mahu BN
ditumbangkan di PRU14 akan datang dan rakyat Sabah mesti bersatu atas nama
Sabahan" Katanya siang tadi.
Tidak ada lagi cara lain yang terbaik
selain Sabahan bersatu dan sepakat menghantar BN ke lobang puaka.
No comments:
Post a Comment