OLEH: ISMAILY
BUNGSU
Pengarah Komunikasi Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA)
Pengarah Komunikasi Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA)
Saturday July 16/2016
SEMPORNA Kota Belud dan Membakut/Kimanis bolehlah
dikatakan kubu UMNO dan di Membakut alias Kimanis ramai kadazan dan kalau
kadazan menyatu bersama PKR dan kemudian ditambah dengan pengundi UMNO maka DUN
Bongawan,
Membakut
dan parlimen Kimanis bisa runtuh.Di N24 Membakut sekitar 40% pengundinya
kalangan KDM sementara Melayu sekitar 50% dan selebihnya pelbagai bangsa dan
bayangkan saja jika KDM menyatu pasti DUN Membakut akan tapungkang.
DSSA akan berada di Kg Brunei Membakut tanggal
31 Julai, 2016 jam 2:00 PM dan di sana DSSA akan menyampaikan ucapan di
perkarangan rumahnya saudara Yusoff Mohd Said dan kita lihat apa jadinya nanti.
Sesuatu
yang lain di sana Parlimennya Kimanis diwakili oleh Datuk Anipah Aman yang
asalnya Bingkol Beaufort dan keadaan itu seolah di Kimanis tidak punya pemimpin
yang boleh memimpin Parlimen Kimanis.
Kedua
yang perlu kita tahu Kemenangan BN di Sabah sebenarnya banyak dibantu oleh suku
kaum Brunei bermula di Papar-Bongawan- Membakut dan sedikit di beaufort juga
Menumbok rata-ratanya tetapi sayang sekali tidak ada bangsa brunei yang menduduki
kabinet negeri.
Hairannya
suku yang tidak majoriti pula siap menduduki menteri kabinet dan ini jelas
suatu tindakan yang tidak adil dan hakikatnya bangsa brunei di Sabah hanya
digunakan untuk memenangkan UMNO tetapi sesudah itu tidak menduduki sebarang
menteri di kabinet.
Hingga
sekarang cukup hairan dan kenapa saja mereka di sana bertuankan/memilih wakil
Parlimen dari Beaufort sedang mereka punya anak bangsa yang berkelulusan dan
lebih mampu ditojolkan sebagai pemimpin baik di negeri maupun nasional.
Jangan
lupa datang tanggal 31 Julai, 2016 jam 2:00pm bersamaan hari AHAD di
perkarangan rumah saudara Yusoff Mohd Said yang
pernah menjadi orang kuat YB Parlimen dan dia jugalah yang awalnya mencadangkan
perpindahan Anifah dari Parlimen Beaufort ke Kimanis.Apakah akan ada ahli-ahli UMNO keluar beramai-ramai di sana nanti? Kita
lihat apa selanjutnya.
No comments:
Post a Comment