TAHI 1MDB MEMBUSUK ( Najib tiada pilihan, Altantuya menunggu)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blgspot.om
Friday July 22/2016

"SAYA.. tak mahu komen sebab sudah saya jelaskan sebelum ini yang menyentuh 1MDB dan media ribut memperkatakan hal sama. Rakyatlah sendiri menilai siapa bercakap benar dan siap bohong... " Kata DS Shafie Apdal ketika ia hubungi saya sambil saya bertanyakan hal berkenaan semalam.

Sekarang sudah jelas, seperti yang dikatakan meski peguam negara menjelaskan tiada kes tetapi Allah itu mahal adil tetap ia tunjukkan juga akhirnya.

Yang jelas, satu dunia dikejutkan sidang media Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DOJ) menyatakan Kerajaan Amerika Syarikat akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion (USD1 bilion) yang berkait dengan satu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

DOJ juga telah menamakan individu-individu yang didakwa terlibat: Riza Aziz (anak tiri kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak), Jho Low, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Itu yang dijelaskan dan tentunya mereka sudah membuat kajian sebelum ini dan mendapati ada unsur2 penipuan yang tidak meragukan. Siapa bercakap benar dan siapa pembohong?

Sidang media DOJ tersebut dengan jelas menyatakan RM4 bilion ini sebahagian dari lebih RM14 bilion (USD3.5 bilion) yang dikenalpasti dilarikan dari badan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara 2009 hingga 2015.

Jangkamasa ini bertindih sepenuhnya dengan jangkamasa Dato' Sri Najib memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Memandangkan Perkara 117 Memorandum dan Artikel Persatuan 1MDB yang berkuatkuasa pada ketika wang RM14 bilion itu didakwa dilarikan dari 1MDB meletakkan tanggungjawab meluluskan komitmen kewangan, penyusunan semula atau sebarang perkara yang melibatkan jaminan kerajaan di tangan Perdana Menteri, Najib diminta segera memberikan penjelasan kepada Ahli-Ahli Parlimen di dalam satu sidang Parlimen tergempar dalam masa terdekat.

Memandangkan Dato' Sri Najib selaku Perdana Menteri telah memecat beberapa individu-individu yang lantang bersuara mengenai isu 1MDB, termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukriz dan menggantung DS Shafie Apdal.

Kabinet digesa untuk menasihatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menitahkan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyiasat tuduhan wang RM14 bilion telah dilarikan dari 1MDB dari 2009 ke 2015 serta mencadangkan agar individu-individu yang terlibat dihadapkan ke mahkamah.

Allah maha tahu dan maha adil bakal ia tunjukkan segala penipuan dan salah guna kuasa seorang seorang PM bernama Najib dan rakyat akan melihat apa sebenarnya yang berlaku.

Kita akan tahu siapa yang bercakap benar dan siapa yang  berbohong 


No comments:

Post a Comment