KEADILAN HAK SEKADAR RETORIKA ( DSSA digantung tanpa tunjuk sebab/bela diri)


Rabu Julai 06/2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Pengarah Komunikasi DS Shafie Abdal
www:sabainsider14.blogspot.com

 
TERINGAT cerita Hang Nadim ketika Singapura dilanggar todak dan kehebatan Hang Nadim untuk batang pisang diletak di pantai mengelak serangan todak, lalu kesan batu api orang bawahan kepercayaan raja, sang raja khuatir Hang Nadim kala besar merebut kuasa lalu diarah bunuh.

Dalam UMNO juga sama dan itu sebab Mahathir pernah berkata orang bijak tidak berada dalam UMNO sebalik di luar UMNO dan yang bijak akan sama menjadi mangsa seperti yang terjadi kepada diri Hang Nadim dalam cerita singapura dilanggar todak itu.

Setahu saya DS Shafie Apdal sejak/hampir 30 tahun lalu yang terlibat sama menubuhkan UMNO di Sabah tidak pernah terlibat bercakap di pentas pembangkang sehingga ia digantung.

Bila DEKLARASI RAKYAT dilancarkan, ia tidak pernah terlibat dan itu kesani dia diuar-uarkan bersikap U TURN dan itu semuanya fitnah termasuk menyertai parti pembangkang lain, malah ia sendiri turun ke election di Sungai Besar dan membantu.

Cukup aneh katanya ketika ia hadiri mesyuarat tertingga UMNO sebelum ke mekah, ia tidak pernah ditanya apa2 sebalik ketika umrah di ia menerima SMS yang Majlis tertinggi telah menggantung keahliannya termasuk jawatan sebagai Naib Presiden UMNO yang dipilih oleh ahli-ahli UMNO dalam perhimpunan.

Yang menghairankan, DS Shafie tidak pernah diminta tunjuk sebab dan tidak pernah dipanggil untuk membela diri dan tiba-tiba digantung begitu saja.
Seseorang yang digantung harusnya terlebih dahulu disiasat dan kemudian dipanggil untuk membela diri dan sesudah itu baru diputuskan sama ada digantung aatau dipecat.

Kasus DS Shafie Apdal ini pula berbeza dengan tindakan adek kepada YAB Ketua Menteri Sabah yang sekongkol dengan dua pemimpin parti pembangkang di Sabah dan tindakan itu tidak pula diambil tindakan dan itu menyebabkan kita bertanya di mana keadilan itu sebenarnya?

" Sebalik kes saya digantung terus atas cadangan YAB Ketua menteri Sabah dan baru konon mahu disiasat dan itu cukup aneh dan tindakan itu sama sekali tidak masuk akal " Kata DSSA ketika kami bercakap siang tadi setelah ia selesai berucap di hadapan sekitar 6,000 rakyat di Semporna.

Di acara itu DS Shafie Apdal berkata maskud digantung itu ialah tangan dan kaki diikat, mulut disumbat maka tentunya sukar hidup/bernafas dan itu satu kezaliman yang diluar jangka dilakukan oleh mereka yang lupa diri dan di acara itu DS Shafiee terus mengumumkan meninggalkan UMNO.

Ya, DSSA mengumumkan keluar dari parti UMNO dan hingga setakat ini belum ada kenyataan soal ke mana dia mahu pergi dan kita tunggu cerita selanjutnya nanti.


No comments:

Post a Comment