TANDUKKINABALU FITNAH SAYA JUMPA DI MAHKAMAH NANTI

TANDUKKINABALU FITNAH SAYA
( saya bantu Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA)  bukan parti tapi peribadi kesan lama berkawan)

SAYA belum berapa sihat tapi ada pula kawan forward nota TANDUKKINABALU fitnah saya membabi buta.

Saya tak pernah berkerja di DBP sebalik saya berkerja di Kem Kebudayaan hingga menerima anugerah cemerlang dan saya memilih pencen muda.

Dewan  Bahasa dan Pustaka (DBP)  tidak pernah terbitkan buku-buku  saya cuma ada antologi puisi bersama penyair dunia dengan jodol buku THE WHITE DOVE.

Buku-buku saya tidak pernah berlonggokan dan tuduhan juta-juta  duit DBP selesai itu jelas memfitnah saya.

Seterusnya saya bukan penulis upahan dan saya tak pernah minta upah bila menulis dan tuduhan saya makan dedak itu berniat jahat.

Sesudah sembuh saya akan bincang dengan peguam dan siap untuk saman yang berkenaan kerana menulis membabi buta.

kirim salam sama dia jumpa mahkamah.

DARIPADA ISMAILY BUNGSU
Saturday July 30/2016


No comments:

Post a Comment