WRITTEN BY SOLIDARITY
FOR SABAH
Sunday July 31/2016
KALAU NAJIB RAZAK ADA JHO LOW
SEBAGAI PUNAHSIHAT YANG MENJADI DALANG KEHILANGAN BERBILLION RINGGIT WANG 1MDB
SYARIKAT MILIK MOF, JIKA MUSA AMAN PUNYA SAUDARA ANGKAT YANG SINONIM DGN
PANGGILAN MICHAEL CHIA MENGGONDOL HASIL BUMI (BALAK) SABAH UNTUK KEPENTINGAN
PERIBADI MUSA DAN KRONI, TETAPI MENGAPA BILA SHAFIE APDAL SECARA TIDAK LANGSUNG
MEMBANTU USAHAWAN BUMIPUTERA SABAH BERBANGSA KDM PETER ANTHONY MENJADI JUTAWAN
Di JADIKAN PERSOALAN DAN FITNAH???
1. Shafie
Apdal jelas seorang pemimpin berjiwa Sabahan yang sentiasa memperjuangkan hak
bagi masyarakat bumiputera Sabah utk diberi peluang yang sama rata dengan kaum
lain di Malaysia sama ada dari sudut keperluan infrastruktur asas mahupun
peluang ekonomi.
2. Antara anak bangsa Bumiputera Sabah yang sempat menerima
tempias perjuangan Shafie Apdal ketika menjawat Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah (MKLW) adalah Datuk Peter Anthony Presiden KDM
Malaysia. Peter Anthony seorang anak Sabah yang gigih mencari peluang demi
memartabatkan bangsa KDM yang dipimpinnya dan harini seramai lebih 300 ribu
ahli KDM yang bernaung dibawah kepimpinan Peter Anthony merupakan penyumbang
kemenangan kerajaan Barisan Nasional di Sabah pada PRU13 lepas.
3. Kejayaan Peter Anthony menjadi seorang Jutawan Muda
sebenarnya bukanlah kerana projek KKLW akan tetapi kepakaran syarikat beliau
lah sehingga mampu memenangi bidaan projek infra dan baik pulih di Universiti
Malaysia Sabah (UMS) menjadi pemangkin kejayaan Presiden KDM ini. Adakah UMS
ini Shafie yang punya ? Sudah tentu tidak. Syarikat yang digunakan untuk
membida projek kerajaan melalui KKLW sebelum ini juga adalah hasil kerjasama
UMS dan bukan shafie semata2 dan juga Shafie Apdal tiada apa2 pertalian darah
pun dengan Datuk Peter Anthony..Adakah menjadi kesalahan apabila membantu
mengangkat taraf ekonomi anak-anak Sabah? #YangSalahKalauMasukAkaun
4. Melalui inisiatif Shafie Apdal pada PRU13 semasa masih
menjadi Naib Presiden UMNO, Peter Anthony bersama jawatankuasa Pertubuhan KDM
diberi kepercayaan membawa pulang pengundi dari luar Sabah yang mencecah
puluhan ribu jumlahnya. Kalau bukan Shafie Apdal dan KDM, mungkin lebih dari 12
kerusi Adun Sabah jatuh ke tangan pembangkang pada PRU 13 lalu.#habismadusepahdibuang
5. Berkisar tentang syarikat 1MDB milik kementerian kewangan
diperbadankan yang kehilangan duit Berbillion Ringgit jumlahnya, adakah ini
suatu kejayaan yang dibanggakan oleh Najib Razak sebagai Menteri Kewangan
Malaysia merangkap Perdana Menteri Malaysia dan dalam masa yang sama selaku
Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang dulunya pernah didampingi seorang pemuda
bernama Jho Low ? Siapakah Jho Low ini ?
Adakah dia Ahli UMNO ? Menteri Kabinet? atau Saudara mara kepada
Najib Razak?Mengapa sehingga hari ini tiada siasatan keatas Jho Low? Oh yaa
hampir terlupa, Najib Razak pernah memberi kenyataan menafikan bahwa beliau
tidak mengenali pemuda yang bernama Jho Low (Low Taek Jho)..
6. Diambang krisis pentadbiran Najib Razak, superhero yang
menggelar dirinya Captain M (captain musa) hadir seperti memberi sinar dan
harapan, "kepimpinan Najib Razak disokong penuh oleh UMNO Sabah".
Jampi ajaib yang Captain Musa berikan sebagai antibiotik kpd Najib Razak.
Dibalik sokongan Musa terhadao kepimpinan Presiden UMNO yang di ambang
kejatuhannitu,.
Dia sebenarnya melihat
diri sendiri apabila melihat krisis yang menimpa Najib Razak. Musa Aman tidak
lama dahulu pernah di sabitkan dengan beberapa tuduhan terkait skandal
pembalakan haram serta penggubalan wang haram! Ya betul, wang/hak rakyat Sabah
yang disonglap melalui konsesi2 diantaranya pemuda yang dinamakan Michael Chia.
Persoalan nya, siapakah
Michael Chia? Ahli UMNO Sabah? Ahli Parti Kompomen BN Sabah? apa sumbangan
Michael Chia kpd Sabah sehingga dibantu diberi Kekayaan oleh Musa?..Mana
mungkin Musa Aman bantu dengan zero conflict of interest?
7. Selain Michael Chia, Musa aman ini banyak sebenarnya
menggunakan kroninya untuk kepentingan peribadi antaranya dengan melantik ketua
setiausaha politiknya sebagai Pengerusi syarikat Benta Wawasan S/B yang
seterusnya menganugerahkan 18 syarikat konsesi TANPA TENDER SAH di kawasan
Benta Wawasan. Selain itu juga melantik anak saudaranya iaitu Datuk Hasnol Ayub
Aman menjadi Pengarah IDS Sabah dan juga Ahli Lembaga Pengarah SOGIP Sabah.
Yang terbaru lagi Setiausaha Politik kpd Musa yang juga Ketua Pemuda Papar
diLantik menjadi Pengarah BTN Sabah. Ini Sabah tidak lama jadi Musa Aman Sdn
Bhd.
Siapakah Yang Lebih Mengutamakan Kroni Sebenarnya?
Solidariti For Sabah
No comments:
Post a Comment